Monday, 29 October 2012

Abang Adik turn 8 today!!

Hari ni 29hb Oktober 2012, genap umur Abang Adik 8 tahun. Semalam dah beli cup cakes dan birthday cake.  Kena beli awal takut tak sempat mummy dia nak beli hari ni. Maklum, Isnin kan terkenal dengan jem yang tak terduga.

So balik karang, kita akan berparty buih together gether.

Untuk anak no 2 saya yang putih melepak, mummy doakan Hatta Isyhad Razin diberikan kesihatan yang lebih baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungiNya sentiasa, diberkatiNya sepanjang masa, diberikan kejayaan di dunia dan juga diakhirat. Mummy sayang Abang Adik!!


Tuesday, 23 October 2012

Lambaian Kaabah

Ada seorang hamba allah sanggup berjalan dari Bosnia ke Mekkah untuk mengerjakan haji. Masya allah, bukan dekat tu 5,700 km merentas 5 negara, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum sampai ke Arab Saudi. 314 hari dia berjalan kaki.



Memang tersentuh dan rasa macam kena tampar pipi ni pun ada bila nak dibandingkan dengan segala kesenangan dan kemudahan yang kita ada. 

Ya ALLAH ya Tuhanku, rezekikanlah kami hamba-hamba mu untuk menjejaki kaki ke Baitullah sebelum kami memejam mata, amin!!







AIDIL ADHA 2012

Tahun ini sambutan Aidil Adha jatuh pada Jumaat, 26 October 2012. Kita dah merancang BBQ dinner, kita kita ajer, malam tu.

Menu

Baguette dgn garlic spread
Salad
Potato Salad
BBQ Marinated Lamb
BBQ Marinated Chicken
Sausage for the kids
Spagetthi Bolognaise or Mihun still tak decide

As for dessert, kita akan ada thriffle dengan buah buahan.  Sister tanya, kenapa banyak sangat, kita bukannya ramai..Abis tu dah kata nak lepak rumah parents dari petang ke malam, kene la banyak makanannya.

dah terbayang bayang nih

Jangan rentung sudah!!

Syok syok syok niihhhh...hmmm lapar dibuatnya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha you alls!

xoxo
-Che Lynn

Monday, 22 October 2012

Gang Kg Attap

Pagi ni one of my ex colleague called, tanya khabar sikit lepas tu terus jump to the real reason why he called me after soooo long kan..."Eh Lynn ko tau tak macamana nak tengok Adam dan Hawa dekat tonton?. Bini aku nak tgk la" ha???? ko ingat aku ni kaunter pertanyaan ke Jojie???

Sabar je la kawan aku sorang ni. Nasib baik kawan, dah mengharungi 'susah senang' kat opis ni, and we called ourself 'Gang Kg Attap'. 

Bila Jojie called terus mengadu dkt our other colleague, terbahak bahak dia ketawa. What's so funny la Dil?
"Ko tau tak, time ko call ni aku tgh tgk video kita untuk montage persembahan time annual dinner dulu. Aku share dkt facebook." 

So it is my pleasure to introduce you guys to my Gang Kg Attap. Have fun!


CINTA KAU DAN AKU

Waaahhh tajuk post!! kelass!! homaigod, jiwang habis.

Inilah tajuk novel yang terbaru, dah habis baca pun in 1 day, jangan ingat tak buat kerja lain ye, asik baca buku semua kerja tak jadi. Semua settle + dapat habis kan 1 buku..

My fav author usually Jude Deveraux dan Julie Garwood, ada juga layan Cecilia Ahern dan Sophie Kinsella, but of late ni semenjak Ombak Rindu, saya sudah pandai layan novel melayu lah. Rasanya dulu I ada cerita yang I ada beli novel Takdir itu Milik Aku, Siti Rosmizah, iye buku yang buat I nangis 1 malam tu..bengkak bengkak mata hoi!  Last weekend teman hubby pergi Ampang Point so singgah popular, nampak 1 buku Siti Rosmizah, Cinta Kau dan Aku....My style, kalau dah berkenan dengan corak penulisan author tu, mmg akan cari buku buku dia je la.

Memang tak rugi la beli buku ni, jalan cerita dia best, kelakar ada, sedih pon ada tapi tak la nangiiiis sepanjang baca buku tu.  2 thumbs up la dekat author dia, memang kelas!

Cerita dia pasal sorang tomboy ni Risya sibok sangat nak jadi driver, mula mula masa interview, diorang reject. Tapi lepas dia serang CEO company tu sebab mamat tu langgar dia kat lif dan tak mintak maap langsung, dia dapat jadi driver CEO tu. Oleh sebab kecomelan dia, lepas tu dia dipromote jadi bini CEO tu. Nak tau lebih, pegi beli buku ni..best!best!best!


Ingat sabtu nanti nak pegi MPH nak cari lagi buku Siti Rosmizah, 7 hari mencintaiku dengan Lafazkan Kalimah Cintamu.

Apa dah jadi ngan aku ni oooiii!! terjiwang karat pulak skang nih. Anyway, dah membaca tu hobby kan, layan je lah iye. Hmmm nak kene cari almari buku lagi 1 la gamaknya nih :)

Tata!
-Che Lynn

Sunday, 21 October 2012

Weekends

Sabtu dan Ahad hari rehat, acara biasa...pagi pergi pasar, lepas tu pergi breakfast, balik rumah masak, makan tengahari dan jalan jalan lepak lepak...

Ni gambar bawak Yaya gendut pegi jalan-jalan KLCC, makan dkt Chinoz, sekarang confirm tak nak bawak dah, reason : budak Yaya ni suka main lari lari, Meylong dia tak larat nak kejar...


OK Meylong nak tgk facebook kejap..

Aktiviti weekend yang biasa..makan-makan dan makan lagi

Tak pun lepak dkt pool

Tengok football games
 

Sungguh pun dalam hati sebenarnya...weekend weekend ni kita nak TIDOOOO jerrr..zzzz...zzz...zzzzzz

Itu saya, anda bagaimana?












HAPPY MONDAY!

Selain dari kesusahan untuk bangun awal hari ini, tetapi oleh kerana semangat untuk memasak Asam Pedas Daging Tetel hari ini telah berjaya membuatkan saya membuka mata.  Sungguhpun tidak berapa besar mata itu dibuka, namun ternyata membuahkan hasil...muahahahaaaaaa

Wahhh opening entry hari ni! Its a beautiful Monday, isn't it?? Alhamdulillah saya berjaya membuang crankiness yang biasanya menyertai pada hampir setiap manusia sejagat setiap Isnin. Cara-caranya, breakfast awal, dengar lagu favorite dan jgn stress stresss.

HAPPY MONDAY Y'ALL!!


xoxo
-Che Lynn



Thursday, 18 October 2012

DR FADZILAH KAMSAH SURUH SENYUM

SHARE dari FB Dr Fadzilah Kamsah :

Amalan yg amat mudah & besar fadhilat tapi sering di abaikan ialah SENYUM. 11 fadhilat senyum:

1.Dpt pahala sbb sedekah,
2.Cantikkan wajah,
3.Baiki mood kita,
4.Rangsang org lain senyum sama,
5.Kuatkan imuniti badan drp penyakit,
6.Kurangkan stres,
7.Turunkan tekanan darah,
8.Keluarkan ENDORPHIN yg buat kita ceria,
9.Jadikan wajah awet muda,
10.Nampak lebih berjaya,
11.Bantu kita kekal dlm keadaan positif. Mustahil boleh marah sambil senyum.
12. Hindarkan sakit jantung,
13.Cermin kpd hati yg murni & kebijaksanaan. 

SENYUMLAH tak susah pon, free pastu dapat pahala pulak. I penah jugak share citer senyum ni  :)


Take care darls!

xoxo
Che Lynn

Happy people at Happy Place

DISNEYLAND aka Happiest Place on earth is THE place for kids and kids at heart. Ingat 1st time bawak budak budak ni pergi Disneyland Hong Kong, bapak dia lagi excited even pernah pegi the one in Anaheim US. We had sooo much fun, ada firework, parade, disney characters...best!!. Yang penting utk budak budak ni is ada permainan!


Aksi anak beranak

Firework..

Yang tak tahan theme park ni is beratur panjang, even with the fast pass pon still ada beratur

Hi you alls!

Mummy jangan harap la nak main ni semua, kalau main pon yang kuda pusing pusing or cawan pusing pusing

Budak kecik ni gayat

Sikit tips untuk parents yang nak bawak anak anak pegi Disneyland HongKong :
1. Bawak wet tissue or botol kosong utk urusan di tandas
2. Beli Fast Lane ticket, mmg agak membantu. Kalau tak nak kena beratur panjang, lama ok especially during holiday season.
3. Ticket boleh beli online, senang, so tak payah nak beratur beli tiket
4. Makan tak berapa masalah, fish and chips kan ada
5. Cathay Pacific ada good package, which includes airfare, hotels in Disneyland and Hong Kong city, transfer airport and hotels

Motif teringat Disneyland - SAYA NAK PERGI BERCUTI huarghhhh i need a break! tulunn...tulunn!!


signing off 
Che Lynn and the gunduts

Wednesday, 17 October 2012

Apa saya tengah fikir sekarang

Hari ni tak boleh nak citer panjang, main reason : sibok! nak prepare untuk back to back meetings. Dalam kepala pulak ada image ni...


pastu pikir pasal coleslaw dgn potato salad..hmmm yummmm. Haiyo this woman, apa pon tak boleh la!


Tuesday, 16 October 2012

Jimba al jimba

Jimba tau tak? bersuka ria la maknanya tu..1 of my speciality, which I am really proud of is kebolehan memplan party atau majlis la bahasa sedapnya kan...Memang suka, sukaaaaaaa sangat, kalau tak suruh pon, I volunteer. LOL, orang lain specialitynya Beriani Gam, laksa la, lasagna la..achik? specialitynya berjimba huhuhuuuuuuu 

Perangai ni mmg 'penyakit' keturunan heheheee I noticed that my grandmothers (of course not organise party, tapi tu la function atau event sewaktu dengannya la), my parents, my sister and now I noticed, my son also inherit it..hmmm

LOL mmg lawak giler, ni konon konon tema retro, abis semua orang kene paksa cari costume hehehehee

jadi mc muahahaaaaa akak tatot, tu yang pakai spek tgh malam tu

collection lucky draw session, sgt suka sungguhpun jarang2 bernasib baik :)

Ni pulak temanya movie mania, abis la sume antu antu, puteri puteri, red indian semua keluar la itu malam

Amik gambar dengan Shah Rukh Khan jr, btw I konon jadi Amelia Earhart, pilot wanita pertama tu, kan ada film pasal dia (tau tak?? google ok)

Spirit of Rugby Challenge, sedey tak dpt amik gambar ngan Jonah Lomu 


kenduri, pon suka!!! tgn kanan pegang handphone, tangan kiri ada walkie talkie, bouncer kiri kanan takot kene culik :p

majlis dah ok, baru la event manager boleh mamam....sambil gosipsss. Nampak tak muncung tu, haaaa tgh gosips la tu

Event apa lagi kita nak buat lepas ni yaaa???

tak kisah la event ape, janji mesti HAPPENING!!











Wardrobe basics

Hola!!

Tadi sibok sibok la google, cari bahan bacaan, pastu come accross article ni at http://beautyandfashionadvice.com

Wardrobe Basics - Items Every Women should have? 

Whether you are just starting out in this world and need to put a foundation wardrobe in place or if you are giving your wardrobe a refresher here are some wardrobe ideas to help you get started.

Two pairs of dark slacks - either black or navy blue. Go with a slim cut in a wool crepe or a seasonless cotton.

One pair of dark slacks for the evening with a fuller cut. These can be a fabric that drapes either a light wool or jersey mix.

Two pairs of jeans -one hemmed for heels and the other hemmed for flats. Jeans that are hemmed for heels you should see just the toe box.

Three skirts - a pencil skirt, a A-line skirt which incidentally looks good on all body types and a skirt in a neutral fabric so you can mix and match with others items like tweed, wool or boucle.

Shirts - A white button front shirt and a few t-shirts.

Three sweaters - The fabric should be a lightweight, merino or cashmere.
  • One should be black and match your black trousers.
  • The second one should be more neutral like off-white, camel or taupe.
  • The third sweater should just simple be a sweater that you love and feel great in. Nothing too dressy - one you can wear to the office and with jeans.
Two Jackets
  • A tailored jacket that matches your black pants.
  • A sporty leather jacket
Three coats
  • A classic trench coat or raincoat with a zip -out wool liner for multiple seasons.
  • A knee-length transition coat that works for day and night.
  • A winter coat in a wool or cashmere blend or if you live in a warmer climate try tropical wool.
Dress
  • A little black dress
Three Bags
  • A classic leather style with clean lines that works for everything.
  • A catch all fun tote bag
  • A envelope shaped, bracelet style for the evening.
Shoes (5 pairs)
  • A pair of black pumps 2.5-3.5 inch heel in a the current style.
  • A evening shoe with a close toe in a black satin.
  • A pair of tall black boots
  • Bad-weather boots
  • A pair of sneakers or tennis shoes.
hmmmmm I wonder.... almari baju dah macam nak terkeluar keluar isi dalaman, sampai kena tumpang almari -almari anak, tempat suami pon dah kene hijack, tapi still rasa mcm ada dlm 'must have list' tu I x de lagi...should I or shouldn't I?? hmmmm *tgh pikir ni*.......

Sekali shopping spree, damage kebiasaanya berupa begini :

di Bandung

di Paris

Di Jakarta

hmmm sambung pikir balik...







Sunday, 14 October 2012

Its a wet weekend

Hujan lagi petang ni...nasib baik baju sempat kering di jemuran (wah wah wahhh bahasa..lol). Petang-petang like this, hujan pulak tu rasanya kalau pekena milo panas cecah dengan biskut cap pingpong.. pergghhh best!!


Lepas tu mesti mata pon segar bugar la nak sambung buat business proposal ni. Hah? buat business proposal ke kak hari ahad ni? 

Jawapannya, iyelah dik, achik nak kayo kenelah usaha lebih sikit dari orang lain.

OK milo panas I dah panggil, tata titi tutuuuuuu

xoxo
Che Lynn

Thursday, 11 October 2012

Special Tribute to WARKAH BUAT ISTERI

Antara blog yang saya follow ialah http://abil4fauziah.blogspot.com. Bila baca blog Abang Abil ni, hadoi, sayu hati. Bila you alls baca, you would know what I mean.



Kata Abang Abil di blog abil4fauziah ni, "Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri...."

Bila baca blog ni, dalam gelak gelak ketawakan lawak sengal (sorry bang) Abang Abil ni iyelah TRex segala keluar kan dalam entry dia tu, ada jugak tangkap sayu, sedih...iyalah ni time dia, time kita tak tau lah macam mana nasib. Tapi memang salute la semangat Abang Abil ni, masyaallah! lepas tu ramai blogger-blogger, pembaca blog abil4fauziah ni bagi moral support dengan diorang berdua. Iyelah kalau ada yang dapat membantu dari segi kewangan ke apa ke, memang tersangatlah bagus tapi moral support tu pon sgt membantu. Tapi itulah manusia seperti biasalah dalam ramai ramai yang memberi semangat, ada segelintir yang membicara negatif, tak pelah kita maafkan je lah diorang, tak pernah kena di batang hidung sendiri bolehlah cakap macam macam. Bagi saya, apa pon motif Abang Abil, rasanya dia boleh ada pelbagai option untuk tidak terus menjaga Kak Gee, tapi sampai hari ini Abang Abil tetap setia dan terus menjaga Kak Gee, semalam siap pegi 'Umrah' lagi heheehee LOL

Doa saya, agar Abang Abil tetap kuat semangat dalam mengharung cubaan dan dugaan dunia ni dan semoga Kak Gee cepat cepat sembuh supaya boleh baca blog yang didedikasikan oleh suaminya yang tersayang..ala  lalalalaaaaaaaa buchuk buchuk cayangggg

xoxo
Che Lynn & family



Wednesday, 10 October 2012

Long distance relationship

My sister is currently based in Miri on special task. Since she is one of my closest friend (like I have many lah kan..), her presence in my life on daily basis is very much needed.

I only had long distance relationship once, when my boyfriend now husband was transferred to Kuantan, it was a long long time a go when handphone was a luxury and at a size of my shoe box. LOL. So our alternative apart from land phone was letter! muahahahaaaa i still keep it until today.



Back to my sister, with the technology advancement today, fortunately we do not have to write letters and risk to be laughed at by our children who one fine day might have the opportunity to find it and read it la kan. (Alamak, this reminds me that I need to do something my love letters.). This is what me and my sister do, almost everyday...


Until she comes back then we can plan our next SHOPPING trip.



xoxo
-Che Lynn

Thursday, 4 October 2012

SARAPAN SGT PENTING YE ADIK ADIK

Eat healthy and nutritious breakfast to start your day off right!

I love french toast....hmmm yummm

Kalau dapat croissant mcm yang dekat Champ de Mars sedaaaap sangat

I missed this place

Tapi tu la, kalau dah perut orang Malaysia tu kan, takat roti roti ni sampai pkl 10 pagi je la kenyang nye, pastu mesti la dok cari ..

Nasi Lemak

Chee Cheong Fun

Yang extremist skit, pagi pagi dah cari Nasi Kandar perrghhh, sedappp!

What's your pick? haaa tepok dada tanya selera

Anyway, all these pics makes me hungry la, ok nak pegi makan jap.

xoxo
-Che Lynn


BINI KU GANSTER

Hari tu buat spring cleaning handbag, pastu jumpa ini parang kecik, baru teringat ari tu ada bawak dtg opis, nak guna utk jamuan..issssykkk nasib baik la tak kene tahan polis, kalau tak, tak pasal pasal je.

Moral of the story, pernah ke bawak parang pendek dlm speedy? tak penah kan...

Dah mcm dlm citer Bini Bini ku Gangster la pulak rasanya :)



Tuesday, 2 October 2012

HATTA ISYRAQ AMIR WILL TURN 15 ON 3RD OCT

Cepatnya masa tu berlalu, rasa macam baru semalam je ada sorang budak tu dengan pampers dia sibuk terkedek kedek nak tolong emak dia bila rumah masuk air. Ni dah nak masuk 15 tahun anak mummy.



For this year, belum ada plan nak celebrate birthday lagi. Tapi tadi dah beli cup cakes red velvet favorite dia. Ni tengah tunggu jam turn to pukul 12 malam, kalau dia dah titun..almaklum besok sekolah pagi kan, maknanya kita tiup lilin besok pagi sebelum sekolah.

Celebration yang besarrrr punya, kena postpone sebab next week dia PMR. Last year dia berjimba sakan, mummy buat birthday party dia dekat bowling dengan kawan kawan. Malam pulak, mummy bawak pegi nengok konsert Aizat dekat Philharmonik.This year, kasi settle itu periksa dahulu lah.

Isyraq and Aizat

Isyraq have a lot of my features; tinggi dan kurus but now dah lebih tinggi dari mummy dia. Kaki pon dah size 9. At home, we sometime jokingly called him YB Bukit Indah, sebab musabab, aktiviti sosial dan bertandang nya tu mengalah kan wakil rakyat. Pergi sana sini, salam sana, salam sini, angkat tangan sana, angkat tangan sini.  Kalau ngambik dari tuition tu, mmg kene tunggu la dia habis bersalam salaman dan bertanya khabar dulu. Bila raya, hmmm jemputan open house sehari mau 5 - 6 rumah..boleh? Untuk orang yang agak homely type macam mak dia ni, mmg terkezut sikit la cultural shock skit nengok kan anak cam tu heheheee. Anyway, jangan buat jahat dan tau jaga nama baik keluarga, sudah.

Doa mummy, semoga Isyraq diberkati dengan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kejayaan di dunia dan juga akhirat, dilindungiNya sepanjang masa, diberkatiNya sepanjang hayat dan menjadi anak yang soleh, anak yang patuh segala suruhan dan perintahNya.  Mummy sayang Isyraq!

Isyraq, Abang Adik dan Mummy di Kota Singa satu ketika dahulu

Ni dah pukul 12 tgh malam 3 Oktober 2012, mummy dan daddy baru je supprisekan abang Isyraq, sorry Abang Adik tak dapat join, dia dah fengsanlah, titun...Balik keje nanti, kita celebrate lagi yeah!


Happy Birthday Isyraq, I love you!!
xoxo
Mummy