Hola peeps!!
Pagi ni bangun mood memang agak merundum sikitlah, dia up skit bila anak besar cakap "Abang tak nak pegi sekolah la hari ini". Eeee anginlah satu badan, awak tu nak PMR tahun ni, tak boleh nak malas malas pegi sekolah toott tot tet tet tot tot...I membebel.
Grrr...dia kalau pagi pagi dah masuk angin halamatnya...
Hantar abang adik pegi school, bergendung gendunganlah barang barang nak ngangkut
Ni baru introduction je..belum baju sekolah, beg make up, beg tuition, tak masuk lagi nih...
Alhamdulillah hari ni pulak jalan bolehlah tahan, sangkut sangkut manja sikit je. So mood tu dah agak OK skit, sampai dekat area ofis, sebab hari ni hari jumaat (yeay TGIF!!) so hari ni adalah hari yong tow foo, beli dekat van depan KWSG. Sedap! makcik tu layanan dia memang baik, ramah, senyum saja...siap bagi Che Lynn coklat 2 (mak suka!!) Sampai dekat parking, uncle parking tu dah sambut dengan senyuman.."Morning akak!" "Morning Uncle" i balas...lebar senyuman dia. On the way nak naik ke tingkat atas terjumpa lah beberapa orang rakan rakan sepejabat (BTW, ofis I tinggal 3, no lift, can we take it as my regular exercise? no? yes?). Morning!!! Hi!! Assalamualaikum!! semua tu beserta dengan senyuman. Sampai kat ofis, Morning Puan..Assalamualaikum...issykk i feel so loved.
Hasil dari kutip senyuman pagi ni, semua angin angin badan, settle! Mood sekarang ni..HAPPY!! Sampai bilik, tak sempat nak bukak lappy terus amik kertas dengan pencil, terus tulis untuk my blog for the day.
Pastu I terjumpa pulak beberapa fakta fakta menarik tentang senyuman dari FB jugak blog blog lain..(pinjam yeee..) antaranya :
Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
Jadi, apa lagi...senyum..senyummm. Harap kalau tgk ni...boleh senyumlah sikit...
errr mungkin tak..apa kata kalau tgk nih...
atau ni...
Boleh mengundang senyuman macam ni....
Have a productive day, peeps!
xoxo
-Che Lynn

ada je idea awak ye.bagus. pandai gak menulis rupanya.. bakat terpendam namanya. senyum dan terus senyum kerana ia adalah sedekah. paling mudah nak dapat pahala kan bila kita tersenyum...tak perlu bayaran tapi dah dapat ganjaran....
ReplyDeleteHeheheee terima kasih daun keladi, ada masa singgahlah lagi.
ReplyDeleteJangan lupa senyum ye :)