Tuesday, 2 October 2012

HATTA ISYRAQ AMIR WILL TURN 15 ON 3RD OCT

Cepatnya masa tu berlalu, rasa macam baru semalam je ada sorang budak tu dengan pampers dia sibuk terkedek kedek nak tolong emak dia bila rumah masuk air. Ni dah nak masuk 15 tahun anak mummy.



For this year, belum ada plan nak celebrate birthday lagi. Tapi tadi dah beli cup cakes red velvet favorite dia. Ni tengah tunggu jam turn to pukul 12 malam, kalau dia dah titun..almaklum besok sekolah pagi kan, maknanya kita tiup lilin besok pagi sebelum sekolah.

Celebration yang besarrrr punya, kena postpone sebab next week dia PMR. Last year dia berjimba sakan, mummy buat birthday party dia dekat bowling dengan kawan kawan. Malam pulak, mummy bawak pegi nengok konsert Aizat dekat Philharmonik.This year, kasi settle itu periksa dahulu lah.

Isyraq and Aizat

Isyraq have a lot of my features; tinggi dan kurus but now dah lebih tinggi dari mummy dia. Kaki pon dah size 9. At home, we sometime jokingly called him YB Bukit Indah, sebab musabab, aktiviti sosial dan bertandang nya tu mengalah kan wakil rakyat. Pergi sana sini, salam sana, salam sini, angkat tangan sana, angkat tangan sini.  Kalau ngambik dari tuition tu, mmg kene tunggu la dia habis bersalam salaman dan bertanya khabar dulu. Bila raya, hmmm jemputan open house sehari mau 5 - 6 rumah..boleh? Untuk orang yang agak homely type macam mak dia ni, mmg terkezut sikit la cultural shock skit nengok kan anak cam tu heheheee. Anyway, jangan buat jahat dan tau jaga nama baik keluarga, sudah.

Doa mummy, semoga Isyraq diberkati dengan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kejayaan di dunia dan juga akhirat, dilindungiNya sepanjang masa, diberkatiNya sepanjang hayat dan menjadi anak yang soleh, anak yang patuh segala suruhan dan perintahNya.  Mummy sayang Isyraq!

Isyraq, Abang Adik dan Mummy di Kota Singa satu ketika dahulu

Ni dah pukul 12 tgh malam 3 Oktober 2012, mummy dan daddy baru je supprisekan abang Isyraq, sorry Abang Adik tak dapat join, dia dah fengsanlah, titun...Balik keje nanti, kita celebrate lagi yeah!


Happy Birthday Isyraq, I love you!!
xoxo
Mummy


No comments:

Post a Comment