Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

Cinta Hati

Saya sayangkan mereka mereka ini, ada sebab yang banyaaaaaak tak terkata.  Sebab utamanya adalah, kerana......
Mereka adalah keluarga saya

My gunduts at one of our trips to Singapore, they are my pillar of strength

 On Abah's 64th birthday recently

Birthday party terkejut


Meylong and Arianna 

The Ar Rahmans 

Not to be missed, my gossip girls whom I've shared many of my ups and down

People will come and go in your life, tapi keluarga akan sentiasa berdiri di belakang no matter what.

Tazkirah Jumaat dari Che Lynn :D muahahahahaahaaaa






Wednesday, 18 September 2013

Weekly update

Hola amigos!

Tetiba nak buat weekly update, reason? sengal and lagi satu as Matt Damon cakap dlm citer We bought a Zoo ke ape entah, dia kata, "why not" .... wah!! introduction saja sudah poyo.

Anyway, I have a reason to be poyo this week, and reasonnya adalah kerana saya adalah seorang perempuan yang tidak cukup rehat dan tidak sihat.  Yeah, I was quite busy last week looking after my sicked children, kesian ada yang semput. Dr advise to admit him to hospital, and as usual, mummy will drop everything and anything to be with her babies.

"Mummy, suruh diorang buat betul betul masukkan jarum tu ye..."
Penah bagi instruction dekat nurse atau dr macam mana nak buat line? cara cara cari urat? Che Lynn pernah. Nasib baik la diorang layan je, bagi nasihat dekat dr mcm la awak tu dr kan. Tak kena halau dengan dr pon dah syukur alhamdulillah :D

On treatment, tapi still boleh posing senyum lagi

 Day 2 - "Abang Adik ingatkan kita tidur hotel  malam tadi mummy.."
Hai la anak, awak tu sedap lah tidur atas katil, mummy ni dah macam ahli cirque du soleil tau, atas kerusi dah mcm mcm cara mummy try untuk tidur dengan selesa.

Sayang anak daddy

We're finally home after 3 days 2 nights, wohoooooo! There is no better place then home, guys! 

Day 4, mummy back to office with sore muscles, sakit kepala, macam nak demam...tapi ku tahankan jua jebat!

Day 5, mummy surrender, tak tahan.  Need to see Dr.  Dr's comment, "you tak cukup rehat ke....? Blood pressure rendah sgt ni. Hari ni MC, rest dekat rumah"

So I thought, life would be normal after that and I guess it too soon. Abang besar pulak muntah muntah sampai 3 - 4 pagi. Pukul 5 baru mummy berani tidur, and wake up 2 hours after that to go to office. Cari rejeki, bang :D

So thats pretty much it, there is no jalan jalan during Malaysia Day long holiday sebab busy merehatkan diri. Its OK, there will be another long holiday, yang penting anak anak sihat sejahtera. They are my no 1 priority.

Lagipun, we already made plan for Christmas holiday, though. And I have a short trip with my sister dearest and the gang, insya allah before that sometime in Nov and a hen party in an exotic island abroad in Jan next year... Wah, living on a jet plane la cikonon.

That all for now peeps. Stay healthy and happy ya!

-Che Lynn
(yang dah gatal satu badan nak pegi jalan jalan)



Wednesday, 4 September 2013

Rembau most wanted

"Ayah kepada moyang, Raja Bujang dulu datang dari Pagar Ruyong satu rombongan dengan Raja Melewar, tapi dia turun di Kelang dulu, " hmmm ok ok, kita angguk saja, dalam kepala dah buat mental family tree, Alias Abdul Rahman Ismail then Raja Bujang ke??. Nak kene study further ni, malu kalau anak tanya nanti, mommy tak tau nak jawab.

"Abis tu kenapa nama depan kita takde Raja?" seperti yang sudah dijangkakan mesti ada jugak yang nak menyampok. I choose to ignore the question.

Anyway, minggu lepas ada perjumpaan keturunan Raja Bujang Pagar Ruyong dekat Kampung Rendah, Rembau. Happening! sampai saja masak lomak tolor itik dah tunggu, siap ada ikan masin pekasam, sayur segala ada. Itu baru starter, khas untuk early bird, yang lewat sampai minta maaf je lah ye. Main course kena tunggu Undang sampai.

Ramai sedara mara datang, tuan rumah punye layanan memang 1st class even ramai yang dia tak kenal tapi still buat kita rasa welcomed.

Group photo bersama YTM Undang Luak Rembau
Yes, we are the Rembau most wanted y'all

Muka-muka first time ambil gambar dari tab anak.  As usual, the Ar Rahmans datang lengkap berpakaian tradisional ok, the men pakai baju melayu warna kuning mustard-ish, ladies tak ikut thema atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan :D

Sorry, terlebih teruja pulak :p 

Dalam perjalanan nak ke Kampung Rendah tu, dah nampak signboard cendol, wahhh mesti try nih. Lepas tu boleh cari sekali keli dgn daging salai. Rembau's must have tu. Balik nanti kita cari dan beli banyak banyak.



Ini dia cendol madu Rembau, memang terbaik!

Cuma, ikan keli dan daging salai je tak sempat beli sebab dah terlajak jalan. Takpalah, tak de rezeki.

Ini baru perjumpaan yang kedua, manalah tau, next year buat dekat Rembau lagi.

Adakah saya perlu sign off sebagai Che Lynn, the Minang princess?? gelak gelak dan guling atas lantai.  Nak cakap Minang pun tak reti tapi nasib baik paham sikit.

Ndak ada juo upiek ni (amacam I speaking?)













Monday, 2 September 2013

Notes from a Liverpool-fan-by-marriage :D

I am not a football fan, never before, not now and I am very confident, ever. But living in a house full of boys and their dad, its really hard to run away from it.

Saturday and Sunday mornings are football training days for the kids, their dad will have a match or sometime on both days.  Things will get harder during football season, English Premier League, La Liga, European Cup, World Cup whatever whatever lah, total nightmare ok.

Despite how I feel about football, I will try my best to be there for my kids' practice and their dad's matches. Why, if you're wondering.... I only did it in the name of LOVE. Yes, only love can drag me to football field, no other than that.  That is the power of love, my friend.

Eldest's football team

 with relatives watching football match

In the hospital, playing 'football-on-the-table'

They are Liverpool diehard fan, so it makes me a Liverpool fan by marriage

The boys at Liverpool match

 Views from mom's seat, at son's football practice

This should be a notice from my husband to our neighbours during football season :


But then, since they can tolerate with my shopping spree madness, then we should compromise isn't..I shall not complaint no more

- Che Lynn

Sunday, 23 June 2013

Oh Jerebu, please be good to me

Assalamualaikum you good people!!

Semua orang dah tahu masalah terkini melanda negara tercinta, Malaysia bumi bertuah ini kan...JEREBU! Rata-rata sana sini orang bercerita pasal tekak sakit, badan mcm nak demam dan paling penting saya tak nampak KLCC (yes, KLCC always have a good place in my heart, kalau tak nampak KLCC sehari, gundah gulana jiwa...).



Sepatutnya kami akan ke selatan tanah air untuk berbelanja hujung minggu ni (pegi JPO la apa lagi) dan dalam perjalanan pulang, kami bercadang untuk melepak lepak di Jonker Street dan makan malam di Hard Rock Cafe, Melaka.  Tapi apakan daya, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.  Makanya plan akan ditukar ke berbelanja di H&M Lot 10 dan makan malam di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Misi yang sama cuma lokasi saja yang ditukar.  Janji HAPPY!

It is advisable for us to stay indoor, kalau nak berjalan jalan jugak kena pakai mask ok. Semua kena jaga kesihatan especially yang ada masalah asma tu. Be healthy people, and drink lots of water ye..Air masak tau, jangan tegok air bikarbonat, air yang manis manis je, nanti sakit lain pulak.

BTW, over tak kalau I pakai face mask macam ni....

Until then,
-Che Lynn yang semput


Tuesday, 11 June 2013

Ola la la Jakarta

Assalamualaikum,

Last week, selepas balik dari Vietnam, saya ke Jakarta pula. Wah wah wah very the jet set cikonon. Anyway, terima kasih kepada Encik Air Asia, sungguhpun asalnya hendak ke Bali tetapi atas alasan tidak fokus semasa membuat tempahan, saya telah meng'click' Jakarta sebagai destinasi pilihan. Alasan yang kalau diikutkan dengan akal fikiran normal, sangatlah tidak masuk dik akal. Anyway, barang yang lepas jangan dikenang, oleh itu, yuk kita layan sajalah Jakarta.

Misi percutian adalah untuk mengimbau kembali saat saat manis honeymoon, yes, this trip adalah sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 17 tahun. wohoooo!!

Ini 1st time naik Air Asia ke Jakarta, jadi 1st time jugalah masuk Terminal 3 Sukarno Hatta Airport. Terkejut jugak bila tengok orang tak ramai, sampaikan pegawai imigresen baru ambil tempat masing masing bila penumpang penumpang sampai dekat imigresen kaunter. Hmmm tersangatlah tenangnya, sungguhpun we all terkejar kejar nak dahulukan penumpang lain, namun rasanya extra effort itu amatlah tidak perlu di Terminal 3.



Oleh kerana hari anniversary jatuh pada hari Jumaat tahun ini sama juga harinya 17 tahun lepas, eh cewah... Jadi kami tiba di Jakarta 31 Mei 2013, hari Jumaat waktu orang tengah solat Jumaat, makanya proses menunggu teksi yang munculnya agak jarang...jarang...membuatkan plan kami agak tergendala. Itu semua tidak menganggu mood jalan jalan ala ala siri Romantika di TV3 tu (perasan sangat :p).

Dekat Terminal 3 ni, sila ambil teksi di stesen khas ye, ambil no dan tunggu giliran. Biasa kami ambil service teksi Blue Bird saja, tak ambil service supir, sebab bukan nak kemana pun dkt Jakarta ni unless Bandung yang banyak port nak kene singgah. 

We start our trip dengan check in ke hotel, plan asal nak duduk di Pullman supaya dekat dengan Grand Indonesia terpaksa ditukar oleh kerana bos nak duduk di hotel yang dekat dengan satay kambingnya. Berasaskan prinsip, whatever make him happy will make me a much happier person, jadi kita layan sajalah. Booking sudah awal awal dibuat di agoda.com (btw, tqvm Agoda, you never fail to make me happy), so dengan slip booking, kita check in dulu di Hotel Ibis Arcadia. Kenapa hotel ini? Selain dari dekat dengan satay kambing fav bos, dia juga berada di kawasan yang strategik untuk penjalan tegar seperti kami, Ibis Arcadia dekat dengan Sarina, so Mc Donald, Starbuck, Chili's, tempat tempat makan yang sewaktu dengannya kira senang and walking distance saja dari hotel. Ada satu kedai masakan minang, Garuda ke ape entah namanya, pun dekat juga. Rate Ibis Arcadia juga baguuuus and very affordable compared to the surrounding hotels. Service pun baguuuus jugak, breakfast dia banyak pilihan. Bilik pun selesa dan bersih, so apa lagi nak kecoh kecoh, after all , semalam je pon.

Ibis Arcadia

Satay kambing yang yummylicious


Lepas check in, atas permintaan sidia konon nak mengimbau zaman mula mula dating, di ajaknya berjalan kaki dari Ibis Arcadia ke Grand Indonesia, mak ai!!!! 20 tahun dolu kalau nak berjalan mmg lah tak rasa, tambah lagi dengan boyfriend, kalau setakat bus stand klang ke Lot 10 tu kira macam dekatlah sangat. Berpeluh tau tak, panasnya, habuknya ehhhhh tak kose mak! Sebelum kita mula berjalan kaki, kita kasi dia makan dulu, like I said, when he is happy, I am happy too kan. Kita bagi dia makan satay kambing dulu. As for me, saya sudah berkira kira untuk divert plan ke Grand Indonesia ke Thamrin residence dulu, ala belakang GI je pon. Nak cari Iga Bakar...hmmmm yum..yum...

Kalau nak senang jalan jalan Thamrin City, dengan Grand Indonesia, Plaza Indonesia ke, boleh duduk dekat Thamrin Condotel, tapi tu la hotel dia tak de tingkap, ala ala hotel dekat Genting Highland tu.Itu yang lemah sikit nak duduk sana. Ada pro and cons la.

Deret kedai di bawah Thamrin Residence, and one of the kedai jual my fav Iga Bakar..arghhhh sedapnya...

Iga Bakar!! don't underestimate the sambal ok, pedas yang amat!!

Lepas dua dua perut dah diisi, barulah kita boleh jalan jalan cuci mata, kempiskan poket...Ingat dari Thamrin residence nak singgah Thamrin City, dah ramainye umat, rupe ada concert. Jalan pulak kecoh semacam je, so jalan terus masuk Grand Indonesia ikut basement. Terkezut bos I, bila I bawak dia masuk shopping mall dekat Jakarta ni through jalan belakang..wah wah wah...nak tunjuk eksen la, bila lagi kan.

A mall is a mall is a mall lah, sama je KL ke, Hong Kong ke, even dekat Vietnam ke, its just another mall. Yang beza, bahasa and currency, ambiance, feel tu sama je especially untuk kaki sopping macam akak :D TERUJA TAK HENGGAT kalau dah jumpa shopping mall.

See that red bunting, GREAT INDONESIA SALE you all!!! berpeluh tahan godaan ok

Dah alang alang sampai, ingatkan nak dinner dekat Hard Rock, punye lah cari, naik turun, pusing sana pusing sini, alih alih bila tanya orang, "Hard Rocknya udah ditutup pak, udah ditukar jadi Bierhaus..." la udah, ndak ada rejeki kita pak, yuk kita pulang tapi pulangnya boley naik taksi enggak, ibuk sudah tak larat....

Takdenya nak dilayan naik teksi, jalaaaaaaan kaki jugak. Iyelah, bila lagi nak spend time mcm ni kan.

Malam aktivitinya, ingat nak urut. So kita dah book 2 orang tukang urut dekat hotel, murah je 150k rupiah je, satu untuk bos, satu untuk mem tapi tu la, tunggu punye tunggu punye tunggu..tak sampai sampai. Bila kitorang dah sibok nak kuar jenjalan dan cari makan, baru dia sampai. Next timelah jawabnya.

Dinner kita ke restaurant minang saja, jangan terkejut kalau dekat sini, dish nya diserve terus, lepas satu, satu dia bawak ke meja. Jangan risau, makan apa yang nak je, yang tak nak tu either suruh dia ambik balik atau letak tepi, dia tak charge punye. Memang sedap! tapi kalau tak dapat datang Jakarta pon tak pe, sebab dekat KL pun melambak lambak kedai minang macam ni, rasa authentic dia tak lari la. So tak yah kecor air liur ye...

Esoknya, pagi pagi lagi sudah ke Tanah Abang. Sebab flight malam ni, and nak standby pegi airport pkl 4 petang, makanya, kita kene speed shoppinglah. Tak risau pun, sebab that is my speciality lagipun, kan dah berkali kali datang sini, so this time tak payah la kita naik sampai tingkat 9 Tanah Abang tu, kita focus floor barang yang nak dibeli. Target kali ni nak beli telekong, tudung, kebaya dan kaftan.  By noon, siap semua barang yang nak ada. Balik hotel, naik bajai...dekat sini pun sama, kalau nak naik bajaj ke teksi ke, tanya dulu berapa rupiah, kalau teksi tu tanya pakai meter ke apa. Kalau tak tanya, mmg kene pau la jawabnya.  Contoh, masa tahan bajaj, bila tanya brp rupiah nak sampai ke Ibis Arcadia? dia kata 20k rupiah. Cantik muka ko bang, naik teksi pon tak sampai 15k tau, so tahan lagi satu bajaj, dia kata 15ribu rupiah, kitorang mintak 10ribu  rupiah, dia kata OK, so kitorang pon naik. Alhamdulillah sampai dekat hotel. Bukan jauh dalam 5 minit perjalanan je pon.



Sebab masa ada lagi, kita singgah bagi bos makan sup dan satay kambing dia lagi.Lepas tu ajak bos teman mem makan dekat Chili's sebab mem nak makan ala orang putih hari ni. After lunch, kita jenjalan dekat Sarinah untuk habiskan duit heheheee kata datang Jakarta kan...so kita belilah barang barang buatan Indonesia macam masker, scrub mustika ratu dan adik beradik dia la. Motif beli, supaya lepas pakai ni rupa boleh tukar macam aktress Sinetron muahahahaaaaaa



Arghhh Jakarta! I am sure going to miss you. Kotaraya yang colourful, one side kita boleh lihat manusia hidup dalam kesusahan, another part of it wahhh sangat mewah, you can see wanita muslim yang bertudung tapi sungguh fashionable, mind you, kalah orang KL lah. LV, Hermes kalau di Grand Indonesia tu like a normal sight, you can see it everywhere. 

But I still remember the 1st time I was in Jakarta, masuk Circle K tu kedai ala ala 7 11 la dekat Malaysia ni, ada mother and her baby tengah tidur atas simen, tak de tilam not even surat khabar jadi alas.  Memang at that time I was so stunned, couldn't move at all. Dalam kepala fikir, macamana la kalau baby ni anak I, I just couldn't imagine letting my child tidur atas simen macam tu. My husband sampai tarik tangan suruh jalan dan dia bisik "just look in front of you, don't look at them", he knows how that sight upset me. So that's Jakarta.

Anyway, trip singkat dan padat kali ni really did it purpose, kita enjoy every second of it. Insya allah Jakarta, I'll see you soon, like what I said to the waitress at Chili's, see you next year!

Signing off
-Che Lynn and her partner in crime of 17 years




Friday, 3 May 2013

My son, the youngest blogger (?)

LOL, ada seorang budak ni dah berminggu minggu merengek minta dibuatkan blog. Asalnya, dia tulis diary saja, bila tau the mother ada blog, dia pun nak ada sama.  So the journey starts today. Bermula dengan, pemilihan tema :

The choice is SAFARI

Gambar ni ok abang adik?


Tak nak, abang adik nak gambar lion lah

Lion?? Mummy kena cari gambar lion banyak-banyaklah. Senang bos kecik nak pilih. So here we go...

OK, gambar ni boleh?

Tak nak, gambar ni ada orang dekat belakang. Abang Adik nak lion jer.

Hamboi, banyak songel pulak dia...heheheee thats my son, he always know precisely what he want.  So we end up with this...


Lion tengah bergaduh...hmmm what a choice.

OK, Abang Adik nak start blogger

Bukan blogger, blogging. 

Ni muka budak tengah blogging

Next request, Tolong buatkan facebook untuk Abang Adik, mummy..

Hah?? Facebook pulak??  ni nak kene google on security and safety for children on the internet dulu ni. 

Mr Google!! I need you!

-Che Lynn




Tuesday, 16 April 2013

Innalillah

Malam tadi terima call dari my mother, bagitau yang my mother in law tried to call us many times tapi tak dapat. My step sister in law passed away. Dia muda, jauh lebih muda dari saya, belum lagi berkahwin. Kalau dah ajal tak kira tua atau muda. Just can't imagine my step father in law's feeling right now. Kesedihan dia kehilangan anak bungsu. The worst feeling ever for a parent, when you losing your child.

Al Fatihah untuk Adik!




Wednesday, 9 May 2012

My Dream Chart

I am currently undergoing a management coaching sessions with Coach Radin of ActionCoach.  The sessions? best giles! In one of the session, Coach ada suruh kita buat Dream Chart, letak gambar, visual semua benda yang you nak in your life. Rationalnya, bila kita tahu apa yang kita nak dalam hidup, kita ada direction untuk mencapai apa yang kita hendak.  Contohnya kalau dah tau nak ke Melaka, dah sah sahla kita pikir jalan mana nak ikut, so takdelah sesat patut pegi arah selatan, tapi kita ikut arah utara pulakkan..lebih kurang macam tulah

Let me show you my dream chart...first time buat nih, selalu hanya ada dekat fikiran je (eee malulah...)

No 1.  I want us to to be together, happily forever
I love this gambar katun so much, and I love the peeps even more! erghhh crazy comel!!

No 2. This is how Kathy would look like in 3 years time

No 3. I need bigger space, bigger kitchen so I boleh masak dengan tenang (ehemm) and yg penting a big walk in wardrobe mcm KLS punye, die!! dpt half size pon jadilah
Ada swimming pool, daddy kata senang dia nak swim pakai kain pelekat, kat hotel tak boleh buat, malu orang tengok hehehheee. I risau, mau 1 minggu baru habis menyapu ni..

No 4.  Trip to Europe & Big Apple
London & Paris I dah sampai (and nak pegi lagi), Big Apple belum lagi, harap boleh melawat few other cities, Milan,Vienna..

No 5. Nak pegi jalan jalan, best kalau ada nih...


No 6. Couple of these, pretty please...

Above all, I want my children to have this
and this

amin..amin...doakan sama sama iye.

xoxo
-Che Lynn