Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, 19 August 2013

Magnificient 5 beraya

Its a complete 5 BFFs raya gathering this year, y'all!! Bukan senang nak lima sekali berjumpa, usually just 4 of us since the other one tu jauh diperantauan...

Bila dah berjumpa, of course lupa daratan. Chit chat chit chat chit chat tetiba yang sorang tu nak balik sebab sudah dapat panggilan pulau dari suami tersayang, baru teringat yang kita tak bergambar lagi. 

So, inilah dia the magnificient 5 tu....Alhamdulillah, dapat lagi beraya bersama tahun ni. Kalau dah BFF tu, memang tak lepas peluang la nak sok sek sok sek..tak cukup in person, kita sambung di whatsapp, facebook dan etc etc, dah lebih 23 tahun berkawan, still tak abis abis lagi cerita.

Amacam? chomels tak kak ton semua??? heheheheheheee...Tak jawab pun, we all dah tau :p

Tata
-Che Lynn

Thursday, 13 June 2013

Faktor usia?

BFFs conversations in 2013 :

Mary : Uih...ella wat macaron ke??
Ella : Mary, akak pon nk tayang food yang akak buat
Me : Cayalah
Ella : Macaroon aku pecah sebab oven panas sgt..Member aku ckp tips dia kene biar pintu oven terbukak sket
Mary : Kalo baking sheet tu selalu melekat

Me : Kak Mary, akak ada kelas masak hari ni
Mary : Masak apa
Me : Pavlova
Mary : tak kerja ke? belajar dekat mana?
Me : Kerja, belajar kat u tube lunch time ni

Me : Kak Izat, apa resepi masak asam yg mak metua kau ajar tu?

on
and
on
and
onnnnn
....about recipe, cooking lesson, what we cooked etc etc

Sebab musabab conversation sebegitu terjadi 

Hanya satu alasan yang munasabah sahaja

iaitu.....

faktor usia yang meningkat

because those days back in 1990s, our conversation would usually around something like this....

Sabtu ni pukul berapa babe?
oooo hotnya mamat tu
Weekend ni kita club hopping ah
Date kau hari tu mcmana?

Hmmmm so, lets imagine our conversation in 2030 :

What time is your check up?
Haaa apa???? check out???
Your medical check up!!
Ooooo sorry, my hearing aid give me problem again la ni

LOL! GGs are you ready for the grey hairs and keduts keduts? 

Hahahaaa apa apa pun, bak kata orang putih, age gracefully, even kita young at heart sekali pun. Tak payah la umur dah masuk 4 atau 5 series tapi nak berlagak gaya budak baru habis SPM kan..sangat la tak sesuainya.


- Che Lynn


Wednesday, 12 June 2013

Rakan saya, si pemenang anugerah MPI

Semalam, 3 of us attended Malam Anugerah Wartawan MPI-Petronas 2013. Bila received invitation dari MPI, memang tak pikir panjang dah, mesti kena attend, to show some support to our ex staff.  Ada 2 nominations rasanya dari company, and it would be the last. Sedih..... Anyway, life goes on, right!

Ada ruangan ucapan takziah atas kematian Datuk Jamaluddin Mansor, Editor In Chief/Group CEO kami, sebak bila baca ucapan yang ada dalam buku program malam MPI.  Tahun lepas, Datuk tak attend, but years before that, memang dia tak miss. Still remember after habis je event, we all sambung balik lepak dengan Datuk dan rakan-rakan MMP lain minom teh tarik, borak borak.  Good old days!

Us with DJM at MPI 2009

This year, rakan saya Faizal Riduan menang anugerah, kategori Kewartawanan Perkhidmatan Awam Cemerlang. So proud of him, saya tahu macam mana dia bertungkus lumus nak menghasilkan artikel terbaik, dan nah, ini hasilnya.  Faizal bawa balik hadiah RM15,000, tiket penerbangan MAS ke Hongkong dan Kamera Coolpix S100n Nikon. Lumayan!! 


Kalau Datuk masih ada, sudah semestinya beliau akan berbangga dengan pencapaian anak buahnya, and Faizal, you certainly deserved this award.

- Che Lynn 



Friday, 7 June 2013

All Girls trip to .....

Before

After

Before

After

Ini adalah drama sebabak kisah sebenar kalau kakak kakak berkumpul 2 tahun sekali untuk berjalan jalan.  Perginya 2 beg, baliknya beg beranak jadi 4, amik kau - kata budak budak sekarang.  Kalau last 2 years, kami ke Jakarta, tahun ini, kita ke HO CHI MINH, VIETNAM woot! woot!!

Journey kami kali ini start seawal 4 pagi, nak catch flight pukul 7 pagi. So, orang sibuk tidur, kitorang dah sibuk nak jenjalan. Nasib baik kak Mary dah buat web check in, so tak lah pagi tu kelam kabut.

Our 4 days 3 nights journey, starts here...

Che Jah kene duduk sensorang, layan diri...pergi berempat, seat 3 aje tapi tak de hal, boleh layan buku, tengok pemandangan.  Bagus ambik flight siang ni, boleh enjoy scenery.  Mmg cantik! kapalterbang lalu atas banjaran, bukit bukau...masya Allah. Kalau ke Jakarta, pemandangan tanah datar dengan laut, berbeza betul pemandangan kali ni.

Sampai!!

Kita pose dulu

Kawan dah pesan, sampai airport ambil teksi di tingkat 2, senang tak kelam kabut. Naik Vinasun Taxi.  Nak naik teksi di HCM ni kene tanya dulu, meter??? kalau dia kata, yes yes meter, sila lah naik. Kalau tidak, mmg ada harapan kene pau la. 

Lagi satu, diorang ni tak ramai yang boleh berbahasa Inggeris, so kalau boleh siap printkan alamat tempat yang hendak dituju, kalau dapat dalam bahasa dia lagi bagus, check dekat google ye.

Our hotel, Signature Saigon. Lebih kurang dalam 5 minit jalan kaki ke pasar Ben Thanh. Service, excellent!  We all sampai pagi, dia bagi check in terus ok, siap offer breakfast FOC lagi.  

Biasanya orang Malaysia suka duduk dekat hotel yang berdekatan dengan pasar Ben Thanh, senang nak berbelanja. Pink Saigon, A&Em...banyak lah hotel area situ, kalau nak hotel muslim pun ada antaranya dekat Green Saigon, semalam rasanya dalam 700,000 dong

We all dah siapkan duit dalam Vietnam Dong, Ringgit Malaysia dengan US Dollar, dekat sana 3 currency ni diterima. Kalau nak berbelanja tu, nak dapatkan best bargainlah kan, tanya la harga dalam 3 currency ni, lepas tu pandai pandailah congak dan convert ye, tengok currency mana barang tu murah.

Kedai kedai luar Ben Thanh ada yang fixed price, tak boleh tawar. Tapi rata rata kedai boleh tawar, try la mintak 50% off harga yang dia sebut. Kalau tak nak, terus belah je. Biasanya dia akan panggil balik, unless kalau harga yang diminta tu mmg terlalu rendah, mcm dalam kepala dia kata "lu mau itu harga, lu bikin sendili la abang...". Kalau mcm tu, dia tak panggil balik la.

Ramai jugak yang langsi, orang Vietnam ni dia kasar sikit, muka ketat je tapi bukan semualah. So jangan terkejut kalau ada yang kene marah, kalau bila dah bargain, kita tak nak beli ye.

Inilah the famous, Ben Thanh Market. Telekong, baju kurung, tudung, kain, yang manik, yang tak de manik. Nak tempah ke semua ada. Ada satu kedai tu nama dia Cam, no 265, Southern Ben Thanh Market. Kain, lining dan tempah - kalau kosong RM100 sepasang, kalau kain yang bling bling tu dalam RM120, besok siap. Jahitan dia kemas. Nasib duit dah habis, kalau tak............mmg beli almari baru la. Oleh itu, kakak kakak sekelian, kalau nak datang HCM, sila bawa duit banyak sikit dan bawak beg kosong di dalam beg anda.

Mana taknya, baju kurung siap yang ada manik manik tu boleh dapat dalam RM48, tudung half moon 1 layer dalam RM17, telekong tengok jenis la tapi RM30 pun boleh dapat satu.  Meroyan tau tak kalau dah sampai HCM ni.

Kalau risau part makan, jangan susah hati...banyak kedai halal. Ini kedai Hj Halim, bawah jual kain baju, atas kedai makan. Sedap, murah dan mesra. Dia dekat row jalan berhadapan dengan exit belakang pasar Ben Thanh. Tryla nasi goreng ayam istimewa dia, hmmmmm sedap!!


Lepas tu try kopi susu dia, mmg sedap, terbaik la. Yang susu tau, kalau yang O tu dia ada rasa mcm kopi campur dengan getah tayar baru (jgn tanya kenapa ok, ikut je cakap akak pleaseeee)

Menu di Green Saigon

Pho Mee di kedai Hjh Basiroh

Makcik makcik ni posing kat kedai Hj Halim..happy dapat baju kurung bling bling :p

Nak cerita sikit pasal traffic di HCM ni, motor dekat jalan raya HCM mmg banyak, kalau nak melintas dari area hotel kitorang duduk tu nak ke market, mak aiiii..kus semangat cabarannya. Sampaikan saya fikir, if you survived crossing road in HCM, other roads will look so kacang la, piece a cake kata orang putih. Kawan saya kata kalau nak melintas tu, ko lintas je babe. Dia takkan langgar ko punye, kata kawan saya lah tapi saya still jugak pandang kiri, pandang kanan, pandang kiri lagi, baru lintaaaaas. Tapi betul kata kawan saya tu la, dekat HCM ni mmg kene berani, bukan takat nak lintas je, nak handle para pekedai dia pon, but its all worth it kakak kakak sekelian.



Other activities selain dari shopping...
dekat Ben Thanh Market



Ni dekat night market keliling Ben Thanh market tu la, barang dia pon murah murah jugak. Satu nasihat akak, sila jangan buang sampah merata, akak dah kene jerit tau muahahaahaaaa

Dekat night market ni, telekong, baju kurung, jubah murah murah dlm RM30 keatas la utk telekong, baju kurung dalam RM48 mcm tu tengok kain. Backpack Deuter pon murah, tengok size la boleh dapat dalam RM42 untuk yang sedang besar tu lupa la berapa liter. Kedai abang ni harga dia best, orangnya pun ramah, Abdul Aziz & Saedah, 11 Nguyen An Ninh St, Ben Thanh, HP +84 903 159610. Lagi satu Zai dah, pasar malam kedai A9

Kalau dah sampai tu, janganlah asik shopping saja tau, pergi la Mekong tour, tgk tunnel dia ke masa war dulu. We all sempat pegi Mekong je, best. USD20 siap dengan makan tapi kalau nak halal package lepas tu naik van kita kita ajer dalam USD35, kedai Hj Halim ada, Hjh Basiroh pon ada buat.

Nak ke Mekong you alls

Pit stop, kita naik buai hehehheee hammock ler


Naik sampan dik, ko ader??


The great Mekong River

Kitorang tak sempat pergi Chu Chi Tunnel Tour, tapi sempat jugaklah pergi Hard Rock Cafe sana even sesat tapi alhamdulillah sampai jugak. Pemandu teksi pun tak tau location HRC, dihantarnya we all dekat Coffee Bean, sabar je la, nasib baik hotel ada bagi alamat HRC, so dengan berpandukan alamat yang diberi tu menapaklah we all tengahari buta.


Seperti biasalah, kalau ke HRC oversea, yang kita boleh makan, antaranya ini sajalah ye


Overall, trip ke Vietnam memang best, kalau nak tanya samada nak pergi lagi, of course jawapan dia, NAK!!

Signing off
-Che Lynn the kaki jalan & kawan kawan










































Friday, 3 May 2013

Pre Jalan Jalan with BFFs

Hoyeh..hoyeh!! mode sangat happy as the BFFs will be going somewhere *wink*wink* (i promise will update you later on the destination).  Since our last trip which happened like 2 - 3 years ago, trip kali ni memang ditunggu tunggu.  From the day tiket dah dibeli, dah berapa kali "persidangan"  either face2face, via muka buku, via whatsapp rasanya dah berkajang kajang, boleh buat manuskrip dah our conversation tu semua. Siapa tak excited kan... jalan jalan cari pasal with best friends forever.


Hmmm can you guess our location?

Since mood berjalan sudah mau mari...ingin dikongsi bersama, juga sebagai ingatan buat diri sendiri :

TIPS KESELAMATAN BAGI ALL GIRLS TRIP

1. Muka kena garang, jgn lembik lembik especially bila sampai di airport destinasi yang dituju. Jangan senang senang ikut orang orang yang mengaku taxi driver ke hape ke. Pergi kaunter pengangkutan yang disediakan di airport. Kalau boleh arrange orang datang ambil di airport, mcm wakil hotel ke, reputable transportation company, lagiiiii bagus

2. Tolonglah jangan rajin sangat nak bercerita, "kami ni berjalan jalan sesama kawan perempuan jer..." tulunnn la akak. Kalau orang tanya, bagitau je, oh suami saya sudah tunggu di hotel, kami lain lain flight, ataupun, oh saya ada saudara di sini, tadi saya sudah sms bagitau sudah sampai di airport. Bila bagitau macam tu, so kalau orang tu berniat jahat, dia dah tau dah ada orang yang akan tercari cari sekiranya sesuatu terjadi pada kita.

3. Tahu dimana pejabat kedutaan Malaysia, printkan alamat dan no telefon sekali, senang kalau ada apa apa

4. Letak duit di beberapa tempat, contohnya, poket kanan, poket kiri, dalam handbag, purse ke. Reason : kalau kene pick pocket (choiiii!!!), at least ada lagi sikit duit kat tempat lain, iyelah mcmana pulak dia nak pick poket kiri, kanan, segala tempat nak diselokkan.

5. Jangan berjalan berseorangan di tempat sunyi atau gelap

6. Sila jangan tayangkan duit anda yang berkepuk kepuk tu di khalayak ramai ye

7. Google dulula pasal tempat yang nak dipergi tu, hotel punye review, transportation dia mcm mana. Bukan apa, senang nak buat plan and minimisekan keberangkalian buruk, kalau semua maklumat ada dihujung jari anda. Contohnya, kalau nak book hotel, bila review kata area tu banyak jenayah, so tak reti reti cari hotel dekat tempat yang selamat sejahtera sikit

8. Henti hentikan la nak berhigh heel kak, kalau papahal senang nak...lariiiiiikkk!

9. Jangan lupa bagi flight and hotel details dekat your loved ones

10. Pepper spray, jgn lupa kak senah. Tak salah kalau siapkan payung sebelum hujan

Nenanti kalau ingat tips tips lain, insya allah akan dikongsi bersama k. 

Tata!
-Che Lynn