Thursday, 11 October 2012

Special Tribute to WARKAH BUAT ISTERI

Antara blog yang saya follow ialah http://abil4fauziah.blogspot.com. Bila baca blog Abang Abil ni, hadoi, sayu hati. Bila you alls baca, you would know what I mean.



Kata Abang Abil di blog abil4fauziah ni, "Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri...."

Bila baca blog ni, dalam gelak gelak ketawakan lawak sengal (sorry bang) Abang Abil ni iyelah TRex segala keluar kan dalam entry dia tu, ada jugak tangkap sayu, sedih...iyalah ni time dia, time kita tak tau lah macam mana nasib. Tapi memang salute la semangat Abang Abil ni, masyaallah! lepas tu ramai blogger-blogger, pembaca blog abil4fauziah ni bagi moral support dengan diorang berdua. Iyelah kalau ada yang dapat membantu dari segi kewangan ke apa ke, memang tersangatlah bagus tapi moral support tu pon sgt membantu. Tapi itulah manusia seperti biasalah dalam ramai ramai yang memberi semangat, ada segelintir yang membicara negatif, tak pelah kita maafkan je lah diorang, tak pernah kena di batang hidung sendiri bolehlah cakap macam macam. Bagi saya, apa pon motif Abang Abil, rasanya dia boleh ada pelbagai option untuk tidak terus menjaga Kak Gee, tapi sampai hari ini Abang Abil tetap setia dan terus menjaga Kak Gee, semalam siap pegi 'Umrah' lagi heheehee LOL

Doa saya, agar Abang Abil tetap kuat semangat dalam mengharung cubaan dan dugaan dunia ni dan semoga Kak Gee cepat cepat sembuh supaya boleh baca blog yang didedikasikan oleh suaminya yang tersayang..ala  lalalalaaaaaaaa buchuk buchuk cayangggg

xoxo
Che Lynn & family



2 comments:

  1. Tqq che Lynn share blog assemenggg ni..heehehe

    ReplyDelete
  2. Assemenggggg Abang Abil! kalau rajin singah singahla lagi ye. Apa ada hal, sharing is caring la Abang!

    ReplyDelete