Hallooo!
Pegi sana, pegi sini asik dengar orang cakap stress..stress..stress...stress. Selidik punya selidik rupanya stress ni agak common dan boleh jadi kat sapa sapa saja, sekarang ni budak budak pun boleh stress, mau taknya kalau jadual padat giler mengalahkan perdana menteri, pagi pegi sekolah agama, tghari pegi sekolah, maghrib pegi mengaji lepas tu pegi tuition, weekend ada kelas muziklah, taekwandolah, bola lah, tu belum ada yang kena pegi kelas bahasa, ada yang mandarin, peranchis segala...tak cukup rehat, adusss!!!
Stress boleh jadi sekiranya terdapat faktor luaran macam masalah rumahtangga, halangan, kesusahan, high expectation yang diluar jangkauan dan pelbagai benda yang perlu ditangani hari hari, ada juga faktor dalaman macam ability untuk handle stress, pemakanan, kesihatan fizikal dan juga mental, tidur, rehat.
Apa stress yang orang sibuk sibuk tu? Oiii jangan main main, stress ni rupanya boleh mendatangkan macam macam penyakit, hari tu, Che Lynn rasa badan memang lain macam, sakit sakit belakang ni, nak kata demam tak demam, tapi memang berat dan tak larat rasanya, kepala pun 'beng' semacam je, beberapa hari macam tu. Pegi jumpa Dr, ambil temperature, OK, blood pressure, OK, pulse, tekak sume OK, tapi kenapa I rasa tak OK ni...?? Dr tanya, stress ke, what are you so anxiety about? Ha?? stress?? stress mendenye Dr, biasa je. Personal life - alhamdulillah, Kerja - ala biasalah kalau asik meeting, banyak deadline, banyak case kene handle, same old same old lah, nothing that I couldn't handle la rasanya. Pastu I tanya kat Dr tu, takkan la pasal stress saya boleh rasa macam ni. Rupanya, Dr tu explain, stress ni boleh jadi punca kesihatan kita ni haywire, kalau asik streeessss aje, boleh darah tinggi, nanti kang boleh lead ke strokelah, mcm mcmlah... eeeee takut la dengar. So i pun start la google, buatlah research skit macam mana kita nak handle atau menangani stress ni.
1. Kalau rasa nak naik angin je, ala ala nak stress je tarik nafas dalam dalam dan perlahan lahan lepaskan nafas tu, ha buat few times breathing technique ni.
2. Jalan jalan lah kat luar tengok pemandangan, yelah kalau asyik dengan kerja mengadap komputer je memang lah boleh jem. Kalau lepak 5 minit kat balkoni, tgk pemandangan luar especially kalau ada pokok pokok skit hmmm mesti rasa releks lepas tu kan. Tapi kalau I, lepak kat balkoni nampak KLCC huarrghhh terbayang experience shopping terus boleh hilang stress ok.
3. Minum air dan alas perut dengan snek yang berkhasiat, iyelah lapar dengan dehidrat memang bukan combo yang bagus lah kan.
4. Planlah something rewarding lepas melalui hari yang stress, macam baca buku kegemaran, mandi, coffee coffee session dgn kawan kawan ke...janganlah dah lepas meeting panjang, balik dah plan nak buat spring cleaning almari pulak
Hmmm ok, I nak sambung baca buku, nak destress jugak after long day...
Take care!
xoxo
-Che Lynn
No comments:
Post a Comment