Thursday, 5 April 2012

Wanita dan Obsesinya

Haloo!!

zzzz hari ni terlebih lebih lebih makanlah...pagi dah mengerjakan Meatball sandwich Subway, sedapssss dengan roti Parmesan Oregano, sos honey mustard, chili dan mayo...drooling giler.  Ni baru citer breakfast ye, Sandwich dengan Nescafe Panas (sendiri buat, super kow).

Ni bahan bahan yang ada dalam sandwich yang sedap itu

Biasanya rupa luar untuk tujuan promosinya macam ni lah


Budak budak opis cakap makan sandwich ni elok untuk orang yang nak kuruskan badan, tapi tulah, mcm mana pulak kandungan kalorinya kalau i dah mintak extra cheese, honey mustard dgn mayo ah? Pastu campur pulak dengan Nescafe susu....hmm

Tengahari, stress (alasan jer tu) nak kena keluar dari opis, pegi foodcourt, makan nasi campur kat Kakak murah (nama tu sebab makanan tempat dia murah harganya), menu pilihan hari ni, nasi putih penuh sepinggan, paru masak rempah, ikan keli sayur campur dan kuah asam pedas.  Ha ni pulak berapa kalorinya?  Adus!! makan tak hengat! Yang sibuk sibuk citer pasal makan, kalori dan aduss aduss ni sebab, umur dah meningkat lagi beberapa tahun nak masuk 4 series, metabolisme taklah tinggi macam masa muda remaja dulukan, hajat di hati naklah berbentuk seperti orang orang kat bawah ni (tapi versi muslimahlah).....


atau ni


ada hati jugak kalau boleh nak mcm nih...


Tengah fikir nih, rasanya kalau nak dapatkan bentuk badan yang langsing dan sihat, pemakanan pun dah kene diberi perhatian lebih, exercise kene regular la, bukannya macam minggu ni kita jalan 2x round Taman TAR, nanti lagi beberapa bulan kita jalan lagi...dah tak boleh la macam tu...

OK rasanya dah tau dah apa nak buat, YOU ARE WHAT YOU EAT! dan REGULAR EXERCISE is a MUST, and should be in my default diary. Doakan semangat untuk menjalani healthy lifestyle ni berpanjangan ye, bukan hangat hangat #%@* ayam jer...Any suggestion, roger roger I..

xoxo
Che Lynn

Tuesday, 3 April 2012

Paris, je t'aime the series - Part 1

Bonjour!!

Baru habis menonton Yuna Subutir Bintang di Astro Ria, bukan senang nak dapat tengok TV. Salah satu scene tu diambil di Eiffel Tower, Paris, bila tengok teringat kenangan terindah di Kota Cinta bersama gunduts tersayang. So, Che Lynn akan adakan beberapa siri khas, trip Che Lynn ke Paris...cewah, kelas ko Jah! heheheeee



Paris Day 1
Sampai ke Paris jam 7 pagi, disambut oleh Mr Ashok dari MKJ Transfer (http://www.mkj-transfer.com/) yang sememangnya sangat efficient dan sabar menanti dan melayan kerenah. Nak bergambar lah...Mr Ashok could you please take our group photo? Mr Ashok can you please pick us up at 4 am? Mr Ashok, how is France doing after the economy crisis? Er Mr Ashok, where do you think the best place for me to do some retail theraphy.....its all the way from Airport to Hotel, Mr Ashok this, Mr Ashok that, the best part is, dia cool je.  He charge a very reasonable price, I must say, compared to the other provider, based on my 1 month research lah kan.


We reached Hotel De Turenne, 20, avenue de Tourville, 75007 Paris (email - hotel.turenne.paris&@wanadoo.fr) lebih kurang 30 minit perjalanan dari airport.  Sampai saja, sudah ada yang menanti.  Hotelnya agak kecil, lifnya pun kecil tapi since hotel rate di Kota Cinta ni memanglah skyrocket punye mahal, bolehlah, janji bersih, service bagus, walking distance saja ke Eiffel Tower dan tidak terlalu 'ribut' dan kecoh persekitarannya.  Hotel ni berdekatan juga dengan Paris Metro Ecole Militaire, Carrefour (gila Avian cuma 70 sen saja), beberapa bistro, Indian Restaurant yang menghidangkan nasi beriani yang sangat ummphhh, seumphhhh harganya - 4 orang menjamu selera dengan bill Euro180...amik kau, nak makan nasik sangat kan...hehheeee tapi memang berbaloi la, terubatla kerinduan nasi beriani Hidayah Maju.

Perjalanan diteruskan dengan lawatan sambil belajar (heheheee) ke Eiffel Tower, kalau ikutkan peta, cuma akan mengambil masa berjalan kaki lebih kurang 10 minit.  So, berjalan lah kita...tadi dah puas tidur dalam kapal terbang kan, 13 jam kak oi, lenguh urat saraf.  Suhu 16 darjah celcius, boleh tahan lah kan, jadi abis ler segala sarung disarungkan.  Nak sangat merasa musim sejuk, layan je lah.



Nak naik ke Eiffel Tower ni pun ada seninya, kalau tak tau, alamatnya memang lah kena beratur, sebab time tu memang European tengah holiday season, so Paris pack giler lah dengan tourist.  Cuba bayangkan Perarakan time Merdeka dekat Dataran Merdeka, ala ala macam tu lah orang beratur nak BELI TIKET untuk naik ke Eiffel Tower, ni belum lagi cerita nak beratur untuk naik ke Tingkat 5 ke tingkat 3 dah tak ingat, tapi dia ada 2 stage, 1 stage tinggal rendahlah lagi satu stage tu untuk ke top, tu pon nak kene beratur lagi.  So nak menjimatkan masa sikit, silalah beli tiket online (http://www.tour-eiffel.fr/)

Tu dia.....dah nampak dahhh....



Sebelum tu kita naik kuda...sambil hirup hot chocolate, sejuuuk ooo



Lepas tu baru kita beratur...

nampak tu keramaian pelawat pelawat Eiffel Tower

Beratur lagi...


Kampung den...Kuala Lumpur, Malaysia


Tapi semua penat jerih, lenguh kaki beratur...memang berbaloilah.....nengok nih


On the way turun...weeeeeeeee


Turun Eiffel Tower, berjalanlah balik ke hotel..konon nak recce lah gift shop ke, tempat makan ke, dah nampak dah bus merah dia tu, our plan hari ke 4 nak ronda ronda Paris lagi, sebab Day 2 kita akan serang Disneyland dan hari ke 3 shopping trip di La Vallee Village!

Bertiga saja dalam gambar sebab anak yang besar tu jadi cameraman of the day

Ni dia Cameraman of the Day, Enrique Iglesias katanya...layan je lah


Oh how I miss Paris....especially the croissant, sedap wei!!

drooling....


To be continued Paris, je t'aime the series Part 2 (waaahhh boleh lawan twillight saga nih)



xoxo
Che Lynn

p/s - trenchcoat nampak baggy sebab Auntie kedai dobi lupa nak bagi tali ikat dia...huargghhh nangis lah

PinkJambu

Selamat Pagi Sayang!!

Hari ini mood Che Lynn girlish nyaman, motifnya adalah untuk mendapatkan aura dan semangat yang baik untuk menempuh hari yang agak mencabar.  Jadi pakaiannya pun perlu sama tema lah kan, so hari ini I bercardi pink, kemeja light blue, tudung so mengaum PINK, seluar putih dan beraksessorikan rantai mutiara Marshella untuk menimbulkan mood PinkJambu.  Hajat dihati nak merakamkan saat saat Che Lynn berPinkJambu so percubaan demi percubaan dibuat untuk mengambil gambar sendiri dari laptop...hasilnya agak...sengal! heheheee

Percubaan Pertama

Percubaan Kedua

Percubaan Ketiga dan hampir berputus asa.... :p


hmmm ok kita akan cuba lagi kemudian, rasanya Kim Kardashian, Paris Hilton mahupun Heidi Klum sekalipun kalau buat percubaan ambil gambar sendiri guna webcam hasilnya mungkin akan lebih kurang macam percubaan percubaan Che Lynn...(statement menenangkan diri sendiri sebenarnya)

Selamat Bekerja Semua, semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam! yang penting niat dan usaha kita, lain lain tu kita serahkan sajalah padaNya.

xoxo
-Che Lynn

Malam Anugerah Kewartawanan MPI-Petronas

Hi all!

Jumaat lepas segerombolan warga MMP termasuklah I ke Malam Anugerah Kewartawanan anjuran Malaysia Press Institute with Petronas as its main sponsor.  Untuk memeriahkan suasana, maklum lepas stress meetings dan juga terpaksa meredah jam, malam tu guna my alter ego konon kononnya Paris Hilton, yahh i know, i blueksss too while making this statement ngeh ngeh ngeh.  So, Paris Hilton aka Che Lynn bersama entouragenya seperti Kim Kardashian, Nicolle Ritchie dan gang gang seangkatannya telah menyerang Hotel Royale Chulan.  Since cameraman tak sempat nak bagi gambar yang telah diedit, I terpaksa guna gambar from blackberry.  Bagus jugak kalau gambar tu agak blurry, kira kedut di muka, lemak di perut dan double chin tak berapa jelas kelihatan ngeh,ngeh,ngeh....

On the way to Royale Chulan, giler jam!!


Bila dah sengal, tercetuslah alter ego dan idea idea yang perasan diva :p

Paris Hilton and Nicolle Ritchie


Paris Hilton and Richard Gere

Ms Hilton dan Datin Diva (Unaaaa!!! mak uweks nyah)



Ms Hilton and Ms Kardashian


Ni nak posing sorang sorang pulak...dress by Variante, clutch by Raoul, scarf mama beli di Mekah, inner i beli dkt Jalan TAR je, kasut Nose warehouse sale



ok enough of 'perasan'ness...back to 'me'self know, memang enjoy sakan, eventhough tahun ini tak de rezeki nak bawak balik hadiah, unlike the previous years, 2010 we bag 7 prizes, last year 4 prizes this year elek, tapi alhamdulillah still dalam shortlisted list.  Insyaallah mungkin rezeki rakan rakan penulis ada tahun hadapan.

Teruja!! PM datang ok despite his hectic schedule

Tapi....yang buat i lupa diri sikit adalah bila......



Bila Hafiz nyanyi Ombak Rindu...i terujaaaa!!!nyaris lupa diri, terus ambil video hokeh.  I try to upload it here for you guys. Kalau dengar ada back up singer in the background tu, kira abaikan saja ye..heheheee (ketawa sambil tangan tutup mulut, malu kononya).  Kalau fail upload, maafkan kami penunggu gua..maffkan kami penunggu gua.....


Anyway, tahniah kepada steering committee terutama Datuk Chamil for a good job done! we really enjoy the night.  Tahniah juga kepada para pemenang! Tahun depan, ada rezeki insyaallah kita jumpa lagi....

xoxo
-Che Lynn

Tuesday, 27 March 2012

Wedding

I love weddings especially if it involved Ar Rahman family, it's always a fun occassion.  For the past 6 months, we had 3 weddings in our family.

Chok Man & Dila

Sila jangan gerun, this is the normal Ar Rahman's group photos...


Inilah rupa dan kelakuan yang sepatutnya ketika bergambar...malangnya, kebiasaan kalau Ar Rahman bergambar ianya akan jadi begini.....
BTW, let me introduced you to the ladies of Ar Rahman (time ni semua control cun, including me hehehe)


The second wedding, Acher dan Ayu

photos mmg banyak sebab Ar Rahman mmg giler posing ala ala supermodel, unfortunately photographer in charge tak sempat nak upload gambar.

Then comes another wedding...Suraya & Nizam



the 'incomplete' Ar Rahman's group photo


me, sel & ojie + ibu in the background

On serious note - majlis perkahwinan memang seronok, tapi perkahwinan itu sendiri harus lebih menyeronokkan.  Kedua dua pihak, baik suami atau isteri perlu tahu tanggungjawab masing masing dan mengetahui bahawa tiada manusia yang sempurna.  When both sides wants to make the marriage work, they know their roles and responsibilities, dan acknowledge that no one is perfect, husband and wife should complement each other, insya allah all the hard works semua will be paid. It is no bed of roses, no smooth sailing all the way, I've been through it all in my 16 years (and more to come) marriage.

Anyway, to all the newly wed of Ar Rahman - Kak Long doakan semoga perkahwinan anda berkekalan dan bahagia ke akhir hayat.

Love ya!
xoxo
Che Lynn

So much things, so little time

Hola peeps,

Do you want to see 'me' after a loooong meeting?  Let me show you.....


This is me! unfortunately, you guys can't see the pile of papers on top of my table plus a pile of files behind me.  Whatever it is, I am still positive that whatever that the team has discussed for the past 4 hours is achievable, even if for some, it is impossible but with the superpower (definately with God help!!!!!) bestowed to us like The Incredible,  I BELIEVE WE CAN!



If NOT then.....

I would need :


and this



but certainly NOT this....despite its 'cuteness'

to run away from my Big Boss, if not, they will turn me to
THIS


hehehee need to work hard peeps!! Wish me luck!

Love
-Che Lynn

Sunday, 25 March 2012

Paris! I'm in love

Hola peeps!

Cuti Krismas lepas, the HA Clan i.e Daddy, Mummy, Abang Icak dan Abang Adik telah melarikan diri dari Malaysia ke kota Cinta huhuhuuu....Paris!  Since time itu adalah musim winter, jadi mummy agak cuak kerana last time dia ke London pada musim panas, dia boleh jatuh sakit sebab tak tahan angin sejuk. Anyway, mcm mcm lah 'gadget' dan peralatan bagi menahan segala ancaman sejuk itu dibawa, contohnya bantal air panas elektrik, termos - konon senang nak buat air panas nak bawak pegi jalan jalan, macamlah kat sana tak de jual air panas kan, vicks - sebab ada orang kata, sapu kat tapak kaki pastu pakai stokin bola hmmm, longjohn - sudah semestinya, scarf - konon nak lilit kat leher la, hmm nak jugak bergaya kan, kalau buat kat KL nanti orang kata buang tebiat. 

Lain lain preparation yang dibuat untuk memastikan kelancaran percutian kali ini antaranya, book hotel - alhamdulillah dapat juga jumpa hotel yang menepati our requirement i.e dekat dgn Eiffel Tower, boleh muat kitorang 4 orang, tempat makan senang dan semestinya ongkosnya juga menepati budget, another part adalah book tiket Disneyland - kalau tak pergi ni mau budak budak berdua tu mogok, book tiket untuk naik ke Eiffel Tower, book tiket bus untuk ke La Vallee Village - kalau tak pergi tempat ni, mummy pulak mogok..nanti you would know why, I will tell you guys more, perhaps 1 story specially for La Vallee Village, and also our airport transfer transportation.

So, lepas hampir lebih sebulan buat preparation, 24 December 2011, kami pun berangkatlah ke Paris, the city of light. ye yeee suka!!!

Tips untuk percutian keluarga ala Che Lynn

1. Survey dahulu destinasi percutian, bagaimana cuaca, suhunya, apakah tempat -tempat menarik yang boleh dilawati yang semua ahli keluarga boleh enjoy, transport untuk kesana kemari - berapa harganya, menu yang boleh dinikmati, restaurant halal, lagi bagus kalau boleh cari restaurant Malaysia issykk kalau dah lama lama kat tempat orang, dengan ikan goreng pun boleh rindu....
2.  Sediakan budget untuk the whole trip, hotel, transportation, makan, shopping. Lagi bagus kalau boleh buat daily budget, so dah tau dah allocation sehari, tak delah nanti budget burst terpaksa tukar duit lagi dekat sana, ataupun guna credit card. Hmmm balik Malasyia nanti garu kepala nak bayar hutang pulak
3.  Buat la itinerary, hari pertama nak buat apa, hari kedua nak buat apa.  So takde lah, sampai sana nanti tak tau nak buat apa. Bila dah ada program, senang nak plan transport ke, nak plan budget pon senang
4.  Senaraikan barang barang keperluan, kalau boleh buatlah awal sedikit, so ada masa nak sediakan semua tu.  Jangan lupa masukkan sekali barang permainan, buku ke, ipod ke, ipad ke, PSP ke untuk anak anak gunakan dalam kapal terbang. Kesian budak budak ni dalam kapal terbang terutamanya long distance ni kalau tak disediakan 'peralatan' secukupnya...jadi, parents, please take note ye.  Kalau baby tu, food dia, bawak la termos kecik ke senang nak buat susu, sediakan jugak la lolly pop ataupun punting untuk nyonyot - ni helps jugak la untuk telinga berdegung, ye la pressure udara kan buat telinga berdengung. Semua tu emainkan peranan tu, bila baby happy, mummy daddy pon happy juga kan...Ha! lagi satu, kalau boleh, bawak sikit la makanan segera, maggi ke, sebab biasanya kalau dah sampai tu, dah penat, malas nak keluar, adalah sikit alas perut kan. Biasanya, Mr husband I mesti bising kalau I bawak bekal tapi tu la selalunya mmg habis bekalan yang i bawak tu.

Kalau semua kita dah plan, barang pun dah kemas, duit dah tukar, kita pun apa lagi...lets go jalan jalan!!!

hehehee...i'll share with you all tips tips lain...

xoxo
-Che Lynn and her gunduts