Hola peeps!
Cuti Krismas lepas, the HA Clan i.e Daddy, Mummy, Abang Icak dan Abang Adik telah melarikan diri dari Malaysia ke kota Cinta huhuhuuu....Paris! Since time itu adalah musim winter, jadi mummy agak cuak kerana last time dia ke London pada musim panas, dia boleh jatuh sakit sebab tak tahan angin sejuk. Anyway, mcm mcm lah 'gadget' dan peralatan bagi menahan segala ancaman sejuk itu dibawa, contohnya bantal air panas elektrik, termos - konon senang nak buat air panas nak bawak pegi jalan jalan, macamlah kat sana tak de jual air panas kan, vicks - sebab ada orang kata, sapu kat tapak kaki pastu pakai stokin bola hmmm, longjohn - sudah semestinya, scarf - konon nak lilit kat leher la, hmm nak jugak bergaya kan, kalau buat kat KL nanti orang kata buang tebiat.
Lain lain preparation yang dibuat untuk memastikan kelancaran percutian kali ini antaranya, book hotel - alhamdulillah dapat juga jumpa hotel yang menepati our requirement i.e dekat dgn Eiffel Tower, boleh muat kitorang 4 orang, tempat makan senang dan semestinya ongkosnya juga menepati budget, another part adalah book tiket Disneyland - kalau tak pergi ni mau budak budak berdua tu mogok, book tiket untuk naik ke Eiffel Tower, book tiket bus untuk ke La Vallee Village - kalau tak pergi tempat ni, mummy pulak mogok..nanti you would know why, I will tell you guys more, perhaps 1 story specially for La Vallee Village, and also our airport transfer transportation.
So, lepas hampir lebih sebulan buat preparation, 24 December 2011, kami pun berangkatlah ke Paris, the city of light. ye yeee suka!!!
1. Survey dahulu destinasi percutian, bagaimana cuaca, suhunya, apakah tempat -tempat menarik yang boleh dilawati yang semua ahli keluarga boleh enjoy, transport untuk kesana kemari - berapa harganya, menu yang boleh dinikmati, restaurant halal, lagi bagus kalau boleh cari restaurant Malaysia issykk kalau dah lama lama kat tempat orang, dengan ikan goreng pun boleh rindu....
2. Sediakan budget untuk the whole trip, hotel, transportation, makan, shopping. Lagi bagus kalau boleh buat daily budget, so dah tau dah allocation sehari, tak delah nanti budget burst terpaksa tukar duit lagi dekat sana, ataupun guna credit card. Hmmm balik Malasyia nanti garu kepala nak bayar hutang pulak
3. Buat la itinerary, hari pertama nak buat apa, hari kedua nak buat apa. So takde lah, sampai sana nanti tak tau nak buat apa. Bila dah ada program, senang nak plan transport ke, nak plan budget pon senang
4. Senaraikan barang barang keperluan, kalau boleh buatlah awal sedikit, so ada masa nak sediakan semua tu. Jangan lupa masukkan sekali barang permainan, buku ke, ipod ke, ipad ke, PSP ke untuk anak anak gunakan dalam kapal terbang. Kesian budak budak ni dalam kapal terbang terutamanya long distance ni kalau tak disediakan 'peralatan' secukupnya...jadi, parents, please take note ye. Kalau baby tu, food dia, bawak la termos kecik ke senang nak buat susu, sediakan jugak la lolly pop ataupun punting untuk nyonyot - ni helps jugak la untuk telinga berdegung, ye la pressure udara kan buat telinga berdengung. Semua tu emainkan peranan tu, bila baby happy, mummy daddy pon happy juga kan...Ha! lagi satu, kalau boleh, bawak sikit la makanan segera, maggi ke, sebab biasanya kalau dah sampai tu, dah penat, malas nak keluar, adalah sikit alas perut kan. Biasanya, Mr husband I mesti bising kalau I bawak bekal tapi tu la selalunya mmg habis bekalan yang i bawak tu.
Kalau semua kita dah plan, barang pun dah kemas, duit dah tukar, kita pun apa lagi...lets go jalan jalan!!!
hehehee...i'll share with you all tips tips lain...
xoxo
-Che Lynn and her gunduts
No comments:
Post a Comment