Sunday, 14 October 2012

Its a wet weekend

Hujan lagi petang ni...nasib baik baju sempat kering di jemuran (wah wah wahhh bahasa..lol). Petang-petang like this, hujan pulak tu rasanya kalau pekena milo panas cecah dengan biskut cap pingpong.. pergghhh best!!


Lepas tu mesti mata pon segar bugar la nak sambung buat business proposal ni. Hah? buat business proposal ke kak hari ahad ni? 

Jawapannya, iyelah dik, achik nak kayo kenelah usaha lebih sikit dari orang lain.

OK milo panas I dah panggil, tata titi tutuuuuuu

xoxo
Che Lynn

Thursday, 11 October 2012

Special Tribute to WARKAH BUAT ISTERI

Antara blog yang saya follow ialah http://abil4fauziah.blogspot.com. Bila baca blog Abang Abil ni, hadoi, sayu hati. Bila you alls baca, you would know what I mean.



Kata Abang Abil di blog abil4fauziah ni, "Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri...."

Bila baca blog ni, dalam gelak gelak ketawakan lawak sengal (sorry bang) Abang Abil ni iyelah TRex segala keluar kan dalam entry dia tu, ada jugak tangkap sayu, sedih...iyalah ni time dia, time kita tak tau lah macam mana nasib. Tapi memang salute la semangat Abang Abil ni, masyaallah! lepas tu ramai blogger-blogger, pembaca blog abil4fauziah ni bagi moral support dengan diorang berdua. Iyelah kalau ada yang dapat membantu dari segi kewangan ke apa ke, memang tersangatlah bagus tapi moral support tu pon sgt membantu. Tapi itulah manusia seperti biasalah dalam ramai ramai yang memberi semangat, ada segelintir yang membicara negatif, tak pelah kita maafkan je lah diorang, tak pernah kena di batang hidung sendiri bolehlah cakap macam macam. Bagi saya, apa pon motif Abang Abil, rasanya dia boleh ada pelbagai option untuk tidak terus menjaga Kak Gee, tapi sampai hari ini Abang Abil tetap setia dan terus menjaga Kak Gee, semalam siap pegi 'Umrah' lagi heheehee LOL

Doa saya, agar Abang Abil tetap kuat semangat dalam mengharung cubaan dan dugaan dunia ni dan semoga Kak Gee cepat cepat sembuh supaya boleh baca blog yang didedikasikan oleh suaminya yang tersayang..ala  lalalalaaaaaaaa buchuk buchuk cayangggg

xoxo
Che Lynn & family



Wednesday, 10 October 2012

Long distance relationship

My sister is currently based in Miri on special task. Since she is one of my closest friend (like I have many lah kan..), her presence in my life on daily basis is very much needed.

I only had long distance relationship once, when my boyfriend now husband was transferred to Kuantan, it was a long long time a go when handphone was a luxury and at a size of my shoe box. LOL. So our alternative apart from land phone was letter! muahahahaaaa i still keep it until today.



Back to my sister, with the technology advancement today, fortunately we do not have to write letters and risk to be laughed at by our children who one fine day might have the opportunity to find it and read it la kan. (Alamak, this reminds me that I need to do something my love letters.). This is what me and my sister do, almost everyday...


Until she comes back then we can plan our next SHOPPING trip.



xoxo
-Che Lynn

Thursday, 4 October 2012

SARAPAN SGT PENTING YE ADIK ADIK

Eat healthy and nutritious breakfast to start your day off right!

I love french toast....hmmm yummm

Kalau dapat croissant mcm yang dekat Champ de Mars sedaaaap sangat

I missed this place

Tapi tu la, kalau dah perut orang Malaysia tu kan, takat roti roti ni sampai pkl 10 pagi je la kenyang nye, pastu mesti la dok cari ..

Nasi Lemak

Chee Cheong Fun

Yang extremist skit, pagi pagi dah cari Nasi Kandar perrghhh, sedappp!

What's your pick? haaa tepok dada tanya selera

Anyway, all these pics makes me hungry la, ok nak pegi makan jap.

xoxo
-Che Lynn


BINI KU GANSTER

Hari tu buat spring cleaning handbag, pastu jumpa ini parang kecik, baru teringat ari tu ada bawak dtg opis, nak guna utk jamuan..issssykkk nasib baik la tak kene tahan polis, kalau tak, tak pasal pasal je.

Moral of the story, pernah ke bawak parang pendek dlm speedy? tak penah kan...

Dah mcm dlm citer Bini Bini ku Gangster la pulak rasanya :)



Tuesday, 2 October 2012

HATTA ISYRAQ AMIR WILL TURN 15 ON 3RD OCT

Cepatnya masa tu berlalu, rasa macam baru semalam je ada sorang budak tu dengan pampers dia sibuk terkedek kedek nak tolong emak dia bila rumah masuk air. Ni dah nak masuk 15 tahun anak mummy.



For this year, belum ada plan nak celebrate birthday lagi. Tapi tadi dah beli cup cakes red velvet favorite dia. Ni tengah tunggu jam turn to pukul 12 malam, kalau dia dah titun..almaklum besok sekolah pagi kan, maknanya kita tiup lilin besok pagi sebelum sekolah.

Celebration yang besarrrr punya, kena postpone sebab next week dia PMR. Last year dia berjimba sakan, mummy buat birthday party dia dekat bowling dengan kawan kawan. Malam pulak, mummy bawak pegi nengok konsert Aizat dekat Philharmonik.This year, kasi settle itu periksa dahulu lah.

Isyraq and Aizat

Isyraq have a lot of my features; tinggi dan kurus but now dah lebih tinggi dari mummy dia. Kaki pon dah size 9. At home, we sometime jokingly called him YB Bukit Indah, sebab musabab, aktiviti sosial dan bertandang nya tu mengalah kan wakil rakyat. Pergi sana sini, salam sana, salam sini, angkat tangan sana, angkat tangan sini.  Kalau ngambik dari tuition tu, mmg kene tunggu la dia habis bersalam salaman dan bertanya khabar dulu. Bila raya, hmmm jemputan open house sehari mau 5 - 6 rumah..boleh? Untuk orang yang agak homely type macam mak dia ni, mmg terkezut sikit la cultural shock skit nengok kan anak cam tu heheheee. Anyway, jangan buat jahat dan tau jaga nama baik keluarga, sudah.

Doa mummy, semoga Isyraq diberkati dengan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kejayaan di dunia dan juga akhirat, dilindungiNya sepanjang masa, diberkatiNya sepanjang hayat dan menjadi anak yang soleh, anak yang patuh segala suruhan dan perintahNya.  Mummy sayang Isyraq!

Isyraq, Abang Adik dan Mummy di Kota Singa satu ketika dahulu

Ni dah pukul 12 tgh malam 3 Oktober 2012, mummy dan daddy baru je supprisekan abang Isyraq, sorry Abang Adik tak dapat join, dia dah fengsanlah, titun...Balik keje nanti, kita celebrate lagi yeah!


Happy Birthday Isyraq, I love you!!
xoxo
Mummy


Monday, 1 October 2012

Adam & Hawa



Halamak fengsan la dengar ini lagu!


Adam & Hawa thriller

Siapa tengah demam Adam & Hawa? Angkat tangan!!