Assalamualaikum,
Last week, selepas balik dari Vietnam, saya ke Jakarta pula. Wah wah wah very the jet set cikonon. Anyway, terima kasih kepada Encik Air Asia, sungguhpun asalnya hendak ke Bali tetapi atas alasan tidak fokus semasa membuat tempahan, saya telah meng'click' Jakarta sebagai destinasi pilihan. Alasan yang kalau diikutkan dengan akal fikiran normal, sangatlah tidak masuk dik akal. Anyway, barang yang lepas jangan dikenang, oleh itu, yuk kita layan sajalah Jakarta.
Misi percutian adalah untuk mengimbau kembali saat saat manis honeymoon, yes, this trip adalah sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 17 tahun. wohoooo!!
Ini 1st time naik Air Asia ke Jakarta, jadi 1st time jugalah masuk Terminal 3 Sukarno Hatta Airport. Terkejut jugak bila tengok orang tak ramai, sampaikan pegawai imigresen baru ambil tempat masing masing bila penumpang penumpang sampai dekat imigresen kaunter. Hmmm tersangatlah tenangnya, sungguhpun we all terkejar kejar nak dahulukan penumpang lain, namun rasanya extra effort itu amatlah tidak perlu di Terminal 3.
Oleh kerana hari anniversary jatuh pada hari Jumaat tahun ini sama juga harinya 17 tahun lepas, eh cewah... Jadi kami tiba di Jakarta 31 Mei 2013, hari Jumaat waktu orang tengah solat Jumaat, makanya proses menunggu teksi yang munculnya agak jarang...jarang...membuatkan plan kami agak tergendala. Itu semua tidak menganggu mood jalan jalan ala ala siri Romantika di TV3 tu (perasan sangat :p).
Dekat Terminal 3 ni, sila ambil teksi di stesen khas ye, ambil no dan tunggu giliran. Biasa kami ambil service teksi Blue Bird saja, tak ambil service supir, sebab bukan nak kemana pun dkt Jakarta ni unless Bandung yang banyak port nak kene singgah.
We start our trip dengan check in ke hotel, plan asal nak duduk di Pullman supaya dekat dengan Grand Indonesia terpaksa ditukar oleh kerana bos nak duduk di hotel yang dekat dengan satay kambingnya. Berasaskan prinsip, whatever make him happy will make me a much happier person, jadi kita layan sajalah. Booking sudah awal awal dibuat di agoda.com (btw, tqvm Agoda, you never fail to make me happy), so dengan slip booking, kita check in dulu di Hotel Ibis Arcadia. Kenapa hotel ini? Selain dari dekat dengan satay kambing fav bos, dia juga berada di kawasan yang strategik untuk penjalan tegar seperti kami, Ibis Arcadia dekat dengan Sarina, so Mc Donald, Starbuck, Chili's, tempat tempat makan yang sewaktu dengannya kira senang and walking distance saja dari hotel. Ada satu kedai masakan minang, Garuda ke ape entah namanya, pun dekat juga. Rate Ibis Arcadia juga baguuuus and very affordable compared to the surrounding hotels. Service pun baguuuus jugak, breakfast dia banyak pilihan. Bilik pun selesa dan bersih, so apa lagi nak kecoh kecoh, after all , semalam je pon.
Ibis Arcadia
Satay kambing yang yummylicious
Lepas check in, atas permintaan sidia konon nak mengimbau zaman mula mula dating, di ajaknya berjalan kaki dari Ibis Arcadia ke Grand Indonesia, mak ai!!!! 20 tahun dolu kalau nak berjalan mmg lah tak rasa, tambah lagi dengan boyfriend, kalau setakat bus stand klang ke Lot 10 tu kira macam dekatlah sangat. Berpeluh tau tak, panasnya, habuknya ehhhhh tak kose mak! Sebelum kita mula berjalan kaki, kita kasi dia makan dulu, like I said, when he is happy, I am happy too kan. Kita bagi dia makan satay kambing dulu. As for me, saya sudah berkira kira untuk divert plan ke Grand Indonesia ke Thamrin residence dulu, ala belakang GI je pon. Nak cari Iga Bakar...hmmmm yum..yum...
Kalau nak senang jalan jalan Thamrin City, dengan Grand Indonesia, Plaza Indonesia ke, boleh duduk dekat Thamrin Condotel, tapi tu la hotel dia tak de tingkap, ala ala hotel dekat Genting Highland tu.Itu yang lemah sikit nak duduk sana. Ada pro and cons la.
Deret kedai di bawah Thamrin Residence, and one of the kedai jual my fav Iga Bakar..arghhhh sedapnya...
Iga Bakar!! don't underestimate the sambal ok, pedas yang amat!!
Lepas dua dua perut dah diisi, barulah kita boleh jalan jalan cuci mata, kempiskan poket...Ingat dari Thamrin residence nak singgah Thamrin City, dah ramainye umat, rupe ada concert. Jalan pulak kecoh semacam je, so jalan terus masuk Grand Indonesia ikut basement. Terkezut bos I, bila I bawak dia masuk shopping mall dekat Jakarta ni through jalan belakang..wah wah wah...nak tunjuk eksen la, bila lagi kan.
A mall is a mall is a mall lah, sama je KL ke, Hong Kong ke, even dekat Vietnam ke, its just another mall. Yang beza, bahasa and currency, ambiance, feel tu sama je especially untuk kaki sopping macam akak :D TERUJA TAK HENGGAT kalau dah jumpa shopping mall.
See that red bunting, GREAT INDONESIA SALE you all!!! berpeluh tahan godaan ok
Dah alang alang sampai, ingatkan nak dinner dekat Hard Rock, punye lah cari, naik turun, pusing sana pusing sini, alih alih bila tanya orang, "Hard Rocknya udah ditutup pak, udah ditukar jadi Bierhaus..." la udah, ndak ada rejeki kita pak, yuk kita pulang tapi pulangnya boley naik taksi enggak, ibuk sudah tak larat....
Takdenya nak dilayan naik teksi, jalaaaaaaan kaki jugak. Iyelah, bila lagi nak spend time mcm ni kan.
Malam aktivitinya, ingat nak urut. So kita dah book 2 orang tukang urut dekat hotel, murah je 150k rupiah je, satu untuk bos, satu untuk mem tapi tu la, tunggu punye tunggu punye tunggu..tak sampai sampai. Bila kitorang dah sibok nak kuar jenjalan dan cari makan, baru dia sampai. Next timelah jawabnya.
Dinner kita ke restaurant minang saja, jangan terkejut kalau dekat sini, dish nya diserve terus, lepas satu, satu dia bawak ke meja. Jangan risau, makan apa yang nak je, yang tak nak tu either suruh dia ambik balik atau letak tepi, dia tak charge punye. Memang sedap! tapi kalau tak dapat datang Jakarta pon tak pe, sebab dekat KL pun melambak lambak kedai minang macam ni, rasa authentic dia tak lari la. So tak yah kecor air liur ye...
Esoknya, pagi pagi lagi sudah ke Tanah Abang. Sebab flight malam ni, and nak standby pegi airport pkl 4 petang, makanya, kita kene speed shoppinglah. Tak risau pun, sebab that is my speciality lagipun, kan dah berkali kali datang sini, so this time tak payah la kita naik sampai tingkat 9 Tanah Abang tu, kita focus floor barang yang nak dibeli. Target kali ni nak beli telekong, tudung, kebaya dan kaftan. By noon, siap semua barang yang nak ada. Balik hotel, naik bajai...dekat sini pun sama, kalau nak naik bajaj ke teksi ke, tanya dulu berapa rupiah, kalau teksi tu tanya pakai meter ke apa. Kalau tak tanya, mmg kene pau la jawabnya. Contoh, masa tahan bajaj, bila tanya brp rupiah nak sampai ke Ibis Arcadia? dia kata 20k rupiah. Cantik muka ko bang, naik teksi pon tak sampai 15k tau, so tahan lagi satu bajaj, dia kata 15ribu rupiah, kitorang mintak 10ribu rupiah, dia kata OK, so kitorang pon naik. Alhamdulillah sampai dekat hotel. Bukan jauh dalam 5 minit perjalanan je pon.
Sebab masa ada lagi, kita singgah bagi bos makan sup dan satay kambing dia lagi.Lepas tu ajak bos teman mem makan dekat Chili's sebab mem nak makan ala orang putih hari ni. After lunch, kita jenjalan dekat Sarinah untuk habiskan duit heheheee kata datang Jakarta kan...so kita belilah barang barang buatan Indonesia macam masker, scrub mustika ratu dan adik beradik dia la. Motif beli, supaya lepas pakai ni rupa boleh tukar macam aktress Sinetron muahahahaaaaaa
Arghhh Jakarta! I am sure going to miss you. Kotaraya yang colourful, one side kita boleh lihat manusia hidup dalam kesusahan, another part of it wahhh sangat mewah, you can see wanita muslim yang bertudung tapi sungguh fashionable, mind you, kalah orang KL lah. LV, Hermes kalau di Grand Indonesia tu like a normal sight, you can see it everywhere.
But I still remember the 1st time I was in Jakarta, masuk Circle K tu kedai ala ala 7 11 la dekat Malaysia ni, ada mother and her baby tengah tidur atas simen, tak de tilam not even surat khabar jadi alas. Memang at that time I was so stunned, couldn't move at all. Dalam kepala fikir, macamana la kalau baby ni anak I, I just couldn't imagine letting my child tidur atas simen macam tu. My husband sampai tarik tangan suruh jalan dan dia bisik "just look in front of you, don't look at them", he knows how that sight upset me. So that's Jakarta.
Anyway, trip singkat dan padat kali ni really did it purpose, kita enjoy every second of it. Insya allah Jakarta, I'll see you soon, like what I said to the waitress at Chili's, see you next year!
Signing off
-Che Lynn and her partner in crime of 17 years
No comments:
Post a Comment