Before
After
Before
After
Ini adalah drama sebabak kisah sebenar kalau kakak kakak berkumpul 2 tahun sekali untuk berjalan jalan. Perginya 2 beg, baliknya beg beranak jadi 4, amik kau - kata budak budak sekarang. Kalau last 2 years, kami ke Jakarta, tahun ini, kita ke HO CHI MINH, VIETNAM woot! woot!!
Journey kami kali ini start seawal 4 pagi, nak catch flight pukul 7 pagi. So, orang sibuk tidur, kitorang dah sibuk nak jenjalan. Nasib baik kak Mary dah buat web check in, so tak lah pagi tu kelam kabut.
Our 4 days 3 nights journey, starts here...
Che Jah kene duduk sensorang, layan diri...pergi berempat, seat 3 aje tapi tak de hal, boleh layan buku, tengok pemandangan. Bagus ambik flight siang ni, boleh enjoy scenery. Mmg cantik! kapalterbang lalu atas banjaran, bukit bukau...masya Allah. Kalau ke Jakarta, pemandangan tanah datar dengan laut, berbeza betul pemandangan kali ni.
Sampai!!
Kita pose dulu
Kawan dah pesan, sampai airport ambil teksi di tingkat 2, senang tak kelam kabut. Naik Vinasun Taxi. Nak naik teksi di HCM ni kene tanya dulu, meter??? kalau dia kata, yes yes meter, sila lah naik. Kalau tidak, mmg ada harapan kene pau la.
Lagi satu, diorang ni tak ramai yang boleh berbahasa Inggeris, so kalau boleh siap printkan alamat tempat yang hendak dituju, kalau dapat dalam bahasa dia lagi bagus, check dekat google ye.
Our hotel, Signature Saigon. Lebih kurang dalam 5 minit jalan kaki ke pasar Ben Thanh. Service, excellent! We all sampai pagi, dia bagi check in terus ok, siap offer breakfast FOC lagi.
Biasanya orang Malaysia suka duduk dekat hotel yang berdekatan dengan pasar Ben Thanh, senang nak berbelanja. Pink Saigon, A&Em...banyak lah hotel area situ, kalau nak hotel muslim pun ada antaranya dekat Green Saigon, semalam rasanya dalam 700,000 dong
We all dah siapkan duit dalam Vietnam Dong, Ringgit Malaysia dengan US Dollar, dekat sana 3 currency ni diterima. Kalau nak berbelanja tu, nak dapatkan best bargainlah kan, tanya la harga dalam 3 currency ni, lepas tu pandai pandailah congak dan convert ye, tengok currency mana barang tu murah.
Kedai kedai luar Ben Thanh ada yang fixed price, tak boleh tawar. Tapi rata rata kedai boleh tawar, try la mintak 50% off harga yang dia sebut. Kalau tak nak, terus belah je. Biasanya dia akan panggil balik, unless kalau harga yang diminta tu mmg terlalu rendah, mcm dalam kepala dia kata "lu mau itu harga, lu bikin sendili la abang...". Kalau mcm tu, dia tak panggil balik la.
Ramai jugak yang langsi, orang Vietnam ni dia kasar sikit, muka ketat je tapi bukan semualah. So jangan terkejut kalau ada yang kene marah, kalau bila dah bargain, kita tak nak beli ye.
Inilah the famous, Ben Thanh Market. Telekong, baju kurung, tudung, kain, yang manik, yang tak de manik. Nak tempah ke semua ada. Ada satu kedai tu nama dia Cam, no 265, Southern Ben Thanh Market. Kain, lining dan tempah - kalau kosong RM100 sepasang, kalau kain yang bling bling tu dalam RM120, besok siap. Jahitan dia kemas. Nasib duit dah habis, kalau tak............mmg beli almari baru la. Oleh itu, kakak kakak sekelian, kalau nak datang HCM, sila bawa duit banyak sikit dan bawak beg kosong di dalam beg anda.
Mana taknya, baju kurung siap yang ada manik manik tu boleh dapat dalam RM48, tudung half moon 1 layer dalam RM17, telekong tengok jenis la tapi RM30 pun boleh dapat satu. Meroyan tau tak kalau dah sampai HCM ni.
Kalau risau part makan, jangan susah hati...banyak kedai halal. Ini kedai Hj Halim, bawah jual kain baju, atas kedai makan. Sedap, murah dan mesra. Dia dekat row jalan berhadapan dengan exit belakang pasar Ben Thanh. Tryla nasi goreng ayam istimewa dia, hmmmmm sedap!!
Lepas tu try kopi susu dia, mmg sedap, terbaik la. Yang susu tau, kalau yang O tu dia ada rasa mcm kopi campur dengan getah tayar baru (jgn tanya kenapa ok, ikut je cakap akak pleaseeee)
Menu di Green Saigon
Pho Mee di kedai Hjh Basiroh
Makcik makcik ni posing kat kedai Hj Halim..happy dapat baju kurung bling bling :p
Nak cerita sikit pasal traffic di HCM ni, motor dekat jalan raya HCM mmg banyak, kalau nak melintas dari area hotel kitorang duduk tu nak ke market, mak aiiii..kus semangat cabarannya. Sampaikan saya fikir, if you survived crossing road in HCM, other roads will look so kacang la, piece a cake kata orang putih. Kawan saya kata kalau nak melintas tu, ko lintas je babe. Dia takkan langgar ko punye, kata kawan saya lah tapi saya still jugak pandang kiri, pandang kanan, pandang kiri lagi, baru lintaaaaas. Tapi betul kata kawan saya tu la, dekat HCM ni mmg kene berani, bukan takat nak lintas je, nak handle para pekedai dia pon, but its all worth it kakak kakak sekelian.
Other activities selain dari shopping...
dekat Ben Thanh Market
Ni dekat night market keliling Ben Thanh market tu la, barang dia pon murah murah jugak. Satu nasihat akak, sila jangan buang sampah merata, akak dah kene jerit tau muahahaahaaaa
Dekat night market ni, telekong, baju kurung, jubah murah murah dlm RM30 keatas la utk telekong, baju kurung dalam RM48 mcm tu tengok kain. Backpack Deuter pon murah, tengok size la boleh dapat dalam RM42 untuk yang sedang besar tu lupa la berapa liter. Kedai abang ni harga dia best, orangnya pun ramah, Abdul Aziz & Saedah, 11 Nguyen An Ninh St, Ben Thanh, HP +84 903 159610. Lagi satu Zai dah, pasar malam kedai A9
Kalau dah sampai tu, janganlah asik shopping saja tau, pergi la Mekong tour, tgk tunnel dia ke masa war dulu. We all sempat pegi Mekong je, best. USD20 siap dengan makan tapi kalau nak halal package lepas tu naik van kita kita ajer dalam USD35, kedai Hj Halim ada, Hjh Basiroh pon ada buat.
Nak ke Mekong you alls
Pit stop, kita naik buai hehehheee hammock ler
Naik sampan dik, ko ader??
The great Mekong River
Kitorang tak sempat pergi Chu Chi Tunnel Tour, tapi sempat jugaklah pergi Hard Rock Cafe sana even sesat tapi alhamdulillah sampai jugak. Pemandu teksi pun tak tau location HRC, dihantarnya we all dekat Coffee Bean, sabar je la, nasib baik hotel ada bagi alamat HRC, so dengan berpandukan alamat yang diberi tu menapaklah we all tengahari buta.
Seperti biasalah, kalau ke HRC oversea, yang kita boleh makan, antaranya ini sajalah ye
Overall, trip ke Vietnam memang best, kalau nak tanya samada nak pergi lagi, of course jawapan dia, NAK!!
Signing off
-Che Lynn the kaki jalan & kawan kawan
No comments:
Post a Comment