Sunday, 23 June 2013

Oh Jerebu, please be good to me

Assalamualaikum you good people!!

Semua orang dah tahu masalah terkini melanda negara tercinta, Malaysia bumi bertuah ini kan...JEREBU! Rata-rata sana sini orang bercerita pasal tekak sakit, badan mcm nak demam dan paling penting saya tak nampak KLCC (yes, KLCC always have a good place in my heart, kalau tak nampak KLCC sehari, gundah gulana jiwa...).



Sepatutnya kami akan ke selatan tanah air untuk berbelanja hujung minggu ni (pegi JPO la apa lagi) dan dalam perjalanan pulang, kami bercadang untuk melepak lepak di Jonker Street dan makan malam di Hard Rock Cafe, Melaka.  Tapi apakan daya, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.  Makanya plan akan ditukar ke berbelanja di H&M Lot 10 dan makan malam di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Misi yang sama cuma lokasi saja yang ditukar.  Janji HAPPY!

It is advisable for us to stay indoor, kalau nak berjalan jalan jugak kena pakai mask ok. Semua kena jaga kesihatan especially yang ada masalah asma tu. Be healthy people, and drink lots of water ye..Air masak tau, jangan tegok air bikarbonat, air yang manis manis je, nanti sakit lain pulak.

BTW, over tak kalau I pakai face mask macam ni....

Until then,
-Che Lynn yang semput


Thursday, 13 June 2013

Faktor usia?

BFFs conversations in 2013 :

Mary : Uih...ella wat macaron ke??
Ella : Mary, akak pon nk tayang food yang akak buat
Me : Cayalah
Ella : Macaroon aku pecah sebab oven panas sgt..Member aku ckp tips dia kene biar pintu oven terbukak sket
Mary : Kalo baking sheet tu selalu melekat

Me : Kak Mary, akak ada kelas masak hari ni
Mary : Masak apa
Me : Pavlova
Mary : tak kerja ke? belajar dekat mana?
Me : Kerja, belajar kat u tube lunch time ni

Me : Kak Izat, apa resepi masak asam yg mak metua kau ajar tu?

on
and
on
and
onnnnn
....about recipe, cooking lesson, what we cooked etc etc

Sebab musabab conversation sebegitu terjadi 

Hanya satu alasan yang munasabah sahaja

iaitu.....

faktor usia yang meningkat

because those days back in 1990s, our conversation would usually around something like this....

Sabtu ni pukul berapa babe?
oooo hotnya mamat tu
Weekend ni kita club hopping ah
Date kau hari tu mcmana?

Hmmmm so, lets imagine our conversation in 2030 :

What time is your check up?
Haaa apa???? check out???
Your medical check up!!
Ooooo sorry, my hearing aid give me problem again la ni

LOL! GGs are you ready for the grey hairs and keduts keduts? 

Hahahaaa apa apa pun, bak kata orang putih, age gracefully, even kita young at heart sekali pun. Tak payah la umur dah masuk 4 atau 5 series tapi nak berlagak gaya budak baru habis SPM kan..sangat la tak sesuainya.


- Che Lynn


Wednesday, 12 June 2013

Rakan saya, si pemenang anugerah MPI

Semalam, 3 of us attended Malam Anugerah Wartawan MPI-Petronas 2013. Bila received invitation dari MPI, memang tak pikir panjang dah, mesti kena attend, to show some support to our ex staff.  Ada 2 nominations rasanya dari company, and it would be the last. Sedih..... Anyway, life goes on, right!

Ada ruangan ucapan takziah atas kematian Datuk Jamaluddin Mansor, Editor In Chief/Group CEO kami, sebak bila baca ucapan yang ada dalam buku program malam MPI.  Tahun lepas, Datuk tak attend, but years before that, memang dia tak miss. Still remember after habis je event, we all sambung balik lepak dengan Datuk dan rakan-rakan MMP lain minom teh tarik, borak borak.  Good old days!

Us with DJM at MPI 2009

This year, rakan saya Faizal Riduan menang anugerah, kategori Kewartawanan Perkhidmatan Awam Cemerlang. So proud of him, saya tahu macam mana dia bertungkus lumus nak menghasilkan artikel terbaik, dan nah, ini hasilnya.  Faizal bawa balik hadiah RM15,000, tiket penerbangan MAS ke Hongkong dan Kamera Coolpix S100n Nikon. Lumayan!! 


Kalau Datuk masih ada, sudah semestinya beliau akan berbangga dengan pencapaian anak buahnya, and Faizal, you certainly deserved this award.

- Che Lynn 



Tuesday, 11 June 2013

Ola la la Jakarta

Assalamualaikum,

Last week, selepas balik dari Vietnam, saya ke Jakarta pula. Wah wah wah very the jet set cikonon. Anyway, terima kasih kepada Encik Air Asia, sungguhpun asalnya hendak ke Bali tetapi atas alasan tidak fokus semasa membuat tempahan, saya telah meng'click' Jakarta sebagai destinasi pilihan. Alasan yang kalau diikutkan dengan akal fikiran normal, sangatlah tidak masuk dik akal. Anyway, barang yang lepas jangan dikenang, oleh itu, yuk kita layan sajalah Jakarta.

Misi percutian adalah untuk mengimbau kembali saat saat manis honeymoon, yes, this trip adalah sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 17 tahun. wohoooo!!

Ini 1st time naik Air Asia ke Jakarta, jadi 1st time jugalah masuk Terminal 3 Sukarno Hatta Airport. Terkejut jugak bila tengok orang tak ramai, sampaikan pegawai imigresen baru ambil tempat masing masing bila penumpang penumpang sampai dekat imigresen kaunter. Hmmm tersangatlah tenangnya, sungguhpun we all terkejar kejar nak dahulukan penumpang lain, namun rasanya extra effort itu amatlah tidak perlu di Terminal 3.



Oleh kerana hari anniversary jatuh pada hari Jumaat tahun ini sama juga harinya 17 tahun lepas, eh cewah... Jadi kami tiba di Jakarta 31 Mei 2013, hari Jumaat waktu orang tengah solat Jumaat, makanya proses menunggu teksi yang munculnya agak jarang...jarang...membuatkan plan kami agak tergendala. Itu semua tidak menganggu mood jalan jalan ala ala siri Romantika di TV3 tu (perasan sangat :p).

Dekat Terminal 3 ni, sila ambil teksi di stesen khas ye, ambil no dan tunggu giliran. Biasa kami ambil service teksi Blue Bird saja, tak ambil service supir, sebab bukan nak kemana pun dkt Jakarta ni unless Bandung yang banyak port nak kene singgah. 

We start our trip dengan check in ke hotel, plan asal nak duduk di Pullman supaya dekat dengan Grand Indonesia terpaksa ditukar oleh kerana bos nak duduk di hotel yang dekat dengan satay kambingnya. Berasaskan prinsip, whatever make him happy will make me a much happier person, jadi kita layan sajalah. Booking sudah awal awal dibuat di agoda.com (btw, tqvm Agoda, you never fail to make me happy), so dengan slip booking, kita check in dulu di Hotel Ibis Arcadia. Kenapa hotel ini? Selain dari dekat dengan satay kambing fav bos, dia juga berada di kawasan yang strategik untuk penjalan tegar seperti kami, Ibis Arcadia dekat dengan Sarina, so Mc Donald, Starbuck, Chili's, tempat tempat makan yang sewaktu dengannya kira senang and walking distance saja dari hotel. Ada satu kedai masakan minang, Garuda ke ape entah namanya, pun dekat juga. Rate Ibis Arcadia juga baguuuus and very affordable compared to the surrounding hotels. Service pun baguuuus jugak, breakfast dia banyak pilihan. Bilik pun selesa dan bersih, so apa lagi nak kecoh kecoh, after all , semalam je pon.

Ibis Arcadia

Satay kambing yang yummylicious


Lepas check in, atas permintaan sidia konon nak mengimbau zaman mula mula dating, di ajaknya berjalan kaki dari Ibis Arcadia ke Grand Indonesia, mak ai!!!! 20 tahun dolu kalau nak berjalan mmg lah tak rasa, tambah lagi dengan boyfriend, kalau setakat bus stand klang ke Lot 10 tu kira macam dekatlah sangat. Berpeluh tau tak, panasnya, habuknya ehhhhh tak kose mak! Sebelum kita mula berjalan kaki, kita kasi dia makan dulu, like I said, when he is happy, I am happy too kan. Kita bagi dia makan satay kambing dulu. As for me, saya sudah berkira kira untuk divert plan ke Grand Indonesia ke Thamrin residence dulu, ala belakang GI je pon. Nak cari Iga Bakar...hmmmm yum..yum...

Kalau nak senang jalan jalan Thamrin City, dengan Grand Indonesia, Plaza Indonesia ke, boleh duduk dekat Thamrin Condotel, tapi tu la hotel dia tak de tingkap, ala ala hotel dekat Genting Highland tu.Itu yang lemah sikit nak duduk sana. Ada pro and cons la.

Deret kedai di bawah Thamrin Residence, and one of the kedai jual my fav Iga Bakar..arghhhh sedapnya...

Iga Bakar!! don't underestimate the sambal ok, pedas yang amat!!

Lepas dua dua perut dah diisi, barulah kita boleh jalan jalan cuci mata, kempiskan poket...Ingat dari Thamrin residence nak singgah Thamrin City, dah ramainye umat, rupe ada concert. Jalan pulak kecoh semacam je, so jalan terus masuk Grand Indonesia ikut basement. Terkezut bos I, bila I bawak dia masuk shopping mall dekat Jakarta ni through jalan belakang..wah wah wah...nak tunjuk eksen la, bila lagi kan.

A mall is a mall is a mall lah, sama je KL ke, Hong Kong ke, even dekat Vietnam ke, its just another mall. Yang beza, bahasa and currency, ambiance, feel tu sama je especially untuk kaki sopping macam akak :D TERUJA TAK HENGGAT kalau dah jumpa shopping mall.

See that red bunting, GREAT INDONESIA SALE you all!!! berpeluh tahan godaan ok

Dah alang alang sampai, ingatkan nak dinner dekat Hard Rock, punye lah cari, naik turun, pusing sana pusing sini, alih alih bila tanya orang, "Hard Rocknya udah ditutup pak, udah ditukar jadi Bierhaus..." la udah, ndak ada rejeki kita pak, yuk kita pulang tapi pulangnya boley naik taksi enggak, ibuk sudah tak larat....

Takdenya nak dilayan naik teksi, jalaaaaaaan kaki jugak. Iyelah, bila lagi nak spend time mcm ni kan.

Malam aktivitinya, ingat nak urut. So kita dah book 2 orang tukang urut dekat hotel, murah je 150k rupiah je, satu untuk bos, satu untuk mem tapi tu la, tunggu punye tunggu punye tunggu..tak sampai sampai. Bila kitorang dah sibok nak kuar jenjalan dan cari makan, baru dia sampai. Next timelah jawabnya.

Dinner kita ke restaurant minang saja, jangan terkejut kalau dekat sini, dish nya diserve terus, lepas satu, satu dia bawak ke meja. Jangan risau, makan apa yang nak je, yang tak nak tu either suruh dia ambik balik atau letak tepi, dia tak charge punye. Memang sedap! tapi kalau tak dapat datang Jakarta pon tak pe, sebab dekat KL pun melambak lambak kedai minang macam ni, rasa authentic dia tak lari la. So tak yah kecor air liur ye...

Esoknya, pagi pagi lagi sudah ke Tanah Abang. Sebab flight malam ni, and nak standby pegi airport pkl 4 petang, makanya, kita kene speed shoppinglah. Tak risau pun, sebab that is my speciality lagipun, kan dah berkali kali datang sini, so this time tak payah la kita naik sampai tingkat 9 Tanah Abang tu, kita focus floor barang yang nak dibeli. Target kali ni nak beli telekong, tudung, kebaya dan kaftan.  By noon, siap semua barang yang nak ada. Balik hotel, naik bajai...dekat sini pun sama, kalau nak naik bajaj ke teksi ke, tanya dulu berapa rupiah, kalau teksi tu tanya pakai meter ke apa. Kalau tak tanya, mmg kene pau la jawabnya.  Contoh, masa tahan bajaj, bila tanya brp rupiah nak sampai ke Ibis Arcadia? dia kata 20k rupiah. Cantik muka ko bang, naik teksi pon tak sampai 15k tau, so tahan lagi satu bajaj, dia kata 15ribu rupiah, kitorang mintak 10ribu  rupiah, dia kata OK, so kitorang pon naik. Alhamdulillah sampai dekat hotel. Bukan jauh dalam 5 minit perjalanan je pon.



Sebab masa ada lagi, kita singgah bagi bos makan sup dan satay kambing dia lagi.Lepas tu ajak bos teman mem makan dekat Chili's sebab mem nak makan ala orang putih hari ni. After lunch, kita jenjalan dekat Sarinah untuk habiskan duit heheheee kata datang Jakarta kan...so kita belilah barang barang buatan Indonesia macam masker, scrub mustika ratu dan adik beradik dia la. Motif beli, supaya lepas pakai ni rupa boleh tukar macam aktress Sinetron muahahahaaaaaa



Arghhh Jakarta! I am sure going to miss you. Kotaraya yang colourful, one side kita boleh lihat manusia hidup dalam kesusahan, another part of it wahhh sangat mewah, you can see wanita muslim yang bertudung tapi sungguh fashionable, mind you, kalah orang KL lah. LV, Hermes kalau di Grand Indonesia tu like a normal sight, you can see it everywhere. 

But I still remember the 1st time I was in Jakarta, masuk Circle K tu kedai ala ala 7 11 la dekat Malaysia ni, ada mother and her baby tengah tidur atas simen, tak de tilam not even surat khabar jadi alas.  Memang at that time I was so stunned, couldn't move at all. Dalam kepala fikir, macamana la kalau baby ni anak I, I just couldn't imagine letting my child tidur atas simen macam tu. My husband sampai tarik tangan suruh jalan dan dia bisik "just look in front of you, don't look at them", he knows how that sight upset me. So that's Jakarta.

Anyway, trip singkat dan padat kali ni really did it purpose, kita enjoy every second of it. Insya allah Jakarta, I'll see you soon, like what I said to the waitress at Chili's, see you next year!

Signing off
-Che Lynn and her partner in crime of 17 years




Friday, 7 June 2013

All Girls trip to .....

Before

After

Before

After

Ini adalah drama sebabak kisah sebenar kalau kakak kakak berkumpul 2 tahun sekali untuk berjalan jalan.  Perginya 2 beg, baliknya beg beranak jadi 4, amik kau - kata budak budak sekarang.  Kalau last 2 years, kami ke Jakarta, tahun ini, kita ke HO CHI MINH, VIETNAM woot! woot!!

Journey kami kali ini start seawal 4 pagi, nak catch flight pukul 7 pagi. So, orang sibuk tidur, kitorang dah sibuk nak jenjalan. Nasib baik kak Mary dah buat web check in, so tak lah pagi tu kelam kabut.

Our 4 days 3 nights journey, starts here...

Che Jah kene duduk sensorang, layan diri...pergi berempat, seat 3 aje tapi tak de hal, boleh layan buku, tengok pemandangan.  Bagus ambik flight siang ni, boleh enjoy scenery.  Mmg cantik! kapalterbang lalu atas banjaran, bukit bukau...masya Allah. Kalau ke Jakarta, pemandangan tanah datar dengan laut, berbeza betul pemandangan kali ni.

Sampai!!

Kita pose dulu

Kawan dah pesan, sampai airport ambil teksi di tingkat 2, senang tak kelam kabut. Naik Vinasun Taxi.  Nak naik teksi di HCM ni kene tanya dulu, meter??? kalau dia kata, yes yes meter, sila lah naik. Kalau tidak, mmg ada harapan kene pau la. 

Lagi satu, diorang ni tak ramai yang boleh berbahasa Inggeris, so kalau boleh siap printkan alamat tempat yang hendak dituju, kalau dapat dalam bahasa dia lagi bagus, check dekat google ye.

Our hotel, Signature Saigon. Lebih kurang dalam 5 minit jalan kaki ke pasar Ben Thanh. Service, excellent!  We all sampai pagi, dia bagi check in terus ok, siap offer breakfast FOC lagi.  

Biasanya orang Malaysia suka duduk dekat hotel yang berdekatan dengan pasar Ben Thanh, senang nak berbelanja. Pink Saigon, A&Em...banyak lah hotel area situ, kalau nak hotel muslim pun ada antaranya dekat Green Saigon, semalam rasanya dalam 700,000 dong

We all dah siapkan duit dalam Vietnam Dong, Ringgit Malaysia dengan US Dollar, dekat sana 3 currency ni diterima. Kalau nak berbelanja tu, nak dapatkan best bargainlah kan, tanya la harga dalam 3 currency ni, lepas tu pandai pandailah congak dan convert ye, tengok currency mana barang tu murah.

Kedai kedai luar Ben Thanh ada yang fixed price, tak boleh tawar. Tapi rata rata kedai boleh tawar, try la mintak 50% off harga yang dia sebut. Kalau tak nak, terus belah je. Biasanya dia akan panggil balik, unless kalau harga yang diminta tu mmg terlalu rendah, mcm dalam kepala dia kata "lu mau itu harga, lu bikin sendili la abang...". Kalau mcm tu, dia tak panggil balik la.

Ramai jugak yang langsi, orang Vietnam ni dia kasar sikit, muka ketat je tapi bukan semualah. So jangan terkejut kalau ada yang kene marah, kalau bila dah bargain, kita tak nak beli ye.

Inilah the famous, Ben Thanh Market. Telekong, baju kurung, tudung, kain, yang manik, yang tak de manik. Nak tempah ke semua ada. Ada satu kedai tu nama dia Cam, no 265, Southern Ben Thanh Market. Kain, lining dan tempah - kalau kosong RM100 sepasang, kalau kain yang bling bling tu dalam RM120, besok siap. Jahitan dia kemas. Nasib duit dah habis, kalau tak............mmg beli almari baru la. Oleh itu, kakak kakak sekelian, kalau nak datang HCM, sila bawa duit banyak sikit dan bawak beg kosong di dalam beg anda.

Mana taknya, baju kurung siap yang ada manik manik tu boleh dapat dalam RM48, tudung half moon 1 layer dalam RM17, telekong tengok jenis la tapi RM30 pun boleh dapat satu.  Meroyan tau tak kalau dah sampai HCM ni.

Kalau risau part makan, jangan susah hati...banyak kedai halal. Ini kedai Hj Halim, bawah jual kain baju, atas kedai makan. Sedap, murah dan mesra. Dia dekat row jalan berhadapan dengan exit belakang pasar Ben Thanh. Tryla nasi goreng ayam istimewa dia, hmmmmm sedap!!


Lepas tu try kopi susu dia, mmg sedap, terbaik la. Yang susu tau, kalau yang O tu dia ada rasa mcm kopi campur dengan getah tayar baru (jgn tanya kenapa ok, ikut je cakap akak pleaseeee)

Menu di Green Saigon

Pho Mee di kedai Hjh Basiroh

Makcik makcik ni posing kat kedai Hj Halim..happy dapat baju kurung bling bling :p

Nak cerita sikit pasal traffic di HCM ni, motor dekat jalan raya HCM mmg banyak, kalau nak melintas dari area hotel kitorang duduk tu nak ke market, mak aiiii..kus semangat cabarannya. Sampaikan saya fikir, if you survived crossing road in HCM, other roads will look so kacang la, piece a cake kata orang putih. Kawan saya kata kalau nak melintas tu, ko lintas je babe. Dia takkan langgar ko punye, kata kawan saya lah tapi saya still jugak pandang kiri, pandang kanan, pandang kiri lagi, baru lintaaaaas. Tapi betul kata kawan saya tu la, dekat HCM ni mmg kene berani, bukan takat nak lintas je, nak handle para pekedai dia pon, but its all worth it kakak kakak sekelian.



Other activities selain dari shopping...
dekat Ben Thanh Market



Ni dekat night market keliling Ben Thanh market tu la, barang dia pon murah murah jugak. Satu nasihat akak, sila jangan buang sampah merata, akak dah kene jerit tau muahahaahaaaa

Dekat night market ni, telekong, baju kurung, jubah murah murah dlm RM30 keatas la utk telekong, baju kurung dalam RM48 mcm tu tengok kain. Backpack Deuter pon murah, tengok size la boleh dapat dalam RM42 untuk yang sedang besar tu lupa la berapa liter. Kedai abang ni harga dia best, orangnya pun ramah, Abdul Aziz & Saedah, 11 Nguyen An Ninh St, Ben Thanh, HP +84 903 159610. Lagi satu Zai dah, pasar malam kedai A9

Kalau dah sampai tu, janganlah asik shopping saja tau, pergi la Mekong tour, tgk tunnel dia ke masa war dulu. We all sempat pegi Mekong je, best. USD20 siap dengan makan tapi kalau nak halal package lepas tu naik van kita kita ajer dalam USD35, kedai Hj Halim ada, Hjh Basiroh pon ada buat.

Nak ke Mekong you alls

Pit stop, kita naik buai hehehheee hammock ler


Naik sampan dik, ko ader??


The great Mekong River

Kitorang tak sempat pergi Chu Chi Tunnel Tour, tapi sempat jugaklah pergi Hard Rock Cafe sana even sesat tapi alhamdulillah sampai jugak. Pemandu teksi pun tak tau location HRC, dihantarnya we all dekat Coffee Bean, sabar je la, nasib baik hotel ada bagi alamat HRC, so dengan berpandukan alamat yang diberi tu menapaklah we all tengahari buta.


Seperti biasalah, kalau ke HRC oversea, yang kita boleh makan, antaranya ini sajalah ye


Overall, trip ke Vietnam memang best, kalau nak tanya samada nak pergi lagi, of course jawapan dia, NAK!!

Signing off
-Che Lynn the kaki jalan & kawan kawan