Thursday, 19 September 2013

Novel Review - Kuli Rumah Untuk Dia

Haloooo!

Tak pernah terfikir that one fine day saya akan ketawa terbahak bahak membaca novel, especially romantic novel, halah novel chenta la. Serius, tak pernah! And its not like ketawa sipi sipi atau senyum senyum kambing,  NO, its ketawa terbahak bahak yang datangnya dari perut! ha ambik kau statement. muahahahaaaa 

After a rough week, i should thank the author la, mmg destressed lepas baca novel ni.

Jalan cerita dia sempoi but very meaningful. Its about anak orang kaya kerja jadi maid aka pembantu rumah or PR (bukan Public Relation Officer ye puan puan), Pembantu Rumah ok. Sengal tak sengal. Dengan tak reti masaknya, tak tau nak buat kerja rumah sampai macam mana nak mop lantai pun tak tau. Gila ke apa, dengan skill domestic yang entah apa apa boleh lagi berani nak apply kerja jadi PR. The whole kerja jadi PR  kinda thing ni, is kind of a turning point of her life la.

Ada banyak insiden insiden yang kelakar sengal (its a good sengal, anyway) dalam novel ni, perempuan yang biasanya vogue (cara sebutan vo-gi-euw tau :p) the vazz tetiba dekat rumah tepek bedak sejuk memanjang, sebab nak cover identity kononnya.  Kelakar! Rasanya last ketawa macam ni masa baca majalah Gila Gila, which is a verrrrry long time a go.

Dalam dia buat kita ketawa tu, ada jugak dia selitkan part part nasihat.  Moment moment romantika d'amore pun sangat menyegat sanubari. Yezza, dalam gelak gelak tu pon dalam hati ada taman woooo.  Bahasa yang Cik Author gunakan  pun sempoi dan senang difahami sebab dialek harian yang kita biasa guna hari hari la. Itu yang agaknya buatkan mood santai tu datang bila start baca Kuli Rumah Untuk Dia ni.

If you are looking for a light reading and seriously in need to unwind (bukan buang angin ye tetapi untuk mereleasekan tension), I highly recommend Kuli Rumah Untuk Dia.

So 2 thumbs up untuk Cik Author sebab menceriakan hari saya yang agak mendung beberapa hari ni.



Love you deep deep
-Che Lynn

2 comments:

  1. Tkasih kerana menceriakan hati yg menulis Che Lynn, appreciate you deep deep! ^_^


    Aireen Aryana

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure, ikhlas dari lubuk hati yang dalam :D. Tkasih juga kerana sudi bertandang ke blog,

      Delete