Lovely morning!! sungguhpun stuck dalam traffic jam sebab raptai perbarisan Hari Merdeka yang menyebabkan beberapa jalan utama KL ditutup. Dasyat betul semangat mereka mereka yang terlibat dalam perbarisan ni, semangat menunggu giliran dalam perbarisan, menunggu dari pagi sampai matahari dah nak terik. Bila lalu ke kawasan mereka ni berhimpun, sendiri pun naik semangat sama. Malaysia sudah 56 tahun MERDEKA! Syukur Alhamdulillah atas nikmat, rahmat, kurnia Illahi, tanah air kita ni aman makmur, sungguhpun ada yang cuba menganggu gugat.
Saya sanggup tempoh jalan sesak yang agak mencabar kesabaran ini untuk beberapa hari lagi, hanya untukmu wahai Perbarisan Hari Merdeka ku.
Yuk ramai ramai tengok perbarisan 31 Ogos ini nanti...bawak suami, isteri, anak-anak, satu rumah kita angkut sekali. We all tak dapat pergi tahun ni..sob sob sob ada family function.
The gunduts at Merdeka Parade sometime ago
Malaysia tanah air tumpah darahku, Selamat Hari Merdeka yang ke 56, semoga kita kekal aman makmur selama lamanya.
-Che Lynn