Thursday, 29 November 2012

MPA Magazine Awards 2012

Hola peeps!

Its been a while kan, sorry been quiet busy lately.

Anyway, something awesome happened yesterday at MPA Awards 2012, our company bagged 3 awards!! yeayy!!!  Milenia Muslim and Aniqah both won Gold Awards, Kunang2 won Silver Award for their category.  So proud of them, even its is not something new for the mags to win, we have won numerous awards pun but this year's winning is something that is really personal and special.


The event was held at MAS Academy, Kelana Jaya on 29 November 2012, as usual orang Kay Ell like me make few rounds of sesat yesterday, almost giving up but alhamdulillah managed to find the place.

The almost blinded me - terang giler my hp flash but at least nampak putih in the gambarlah

The gang

The winning covers :

ANIQAH

MILENIA MUSLIM


KUNANG2

Congratulations again to the team! 2 thumbs up!!

-Che Lynn









Tuesday, 20 November 2012

Twilight Saga

I think most of my friends knew that I am a Twilight freak.

So when pagi ini bila ternampak seorang hamba allah bawak 2 bags full of Twilight merchandise, I was like WHAT!!???
 "apa ni?" sibuk tanya orang yang bawak barang tu, 
"oh ini merchandise untuk contest Kunang2 lah kak". 
 hmmm there it goes lah. No chance at all lah nak dapat barang barang ini, but that is for me, as for the others out there, you still have the chance to win TWILIGHT SAGA MERCHANDISE you alls!!! ada a very comfy bantal, shopping bag, t shirt. huhuhuuuuu *nanges*



So apa lagi, grab your Kunang2 magazine available at major bookstores

Me? 

 I am not eligible to enter the contest, so snapping some photos will do lah for now.  


Trying my hardest to give the gedik look as suggested by my colleagues, but lets face it, woman over 35 and gedik look just don't jive well.

Photos courtesy of Lin Ibrahim

Arghh can't wait for Breaking dawn to masuk panggung, I have been waiting for it since the Breaking dawn part 1 lagi. Over? yes I know, that is my middle name what.

Tata! Oh BTW if you wondering, I am in team Edward. 
-Che Lynn




Tuesday, 13 November 2012

Shopping for the hula girl

Arianna's 1st concert will be held next week at Royal Selangor Golf Club. 

This is Arianna with Abang Adik during her sports day

Kelas budak budak sekarang ni, konsert kindi buat dekat country club, auditorium, dewan besar besar. Zaman kita dolu dolu, alahai, takat buat dekat sekolah sendiri je.

Back to Arianna. Since, the mommie not in town, so Meylong dia aka Che Lynn will be taking over kerja kerja pencarian kostum. Daddy Arianna sudah whats app Meylong the school's requirement for the costume, its hula girl, or senang cerita hawaiian girl la.  Not a problemo. Small the pieces ngeh ngeh ngeh

This is something I have in mind for my gorgeous hula girl niece. Ain't it cute?


So, I hereby declare the Hula Girl Ops starts TODAY!!!  Meylong won't let you down Kakak Arianna, you will be the most gempak hula girl they will ever seen. I promise!!

Wish me and my baby girl, best of luck for our costume search!


xoxo
-Che Lynn

Friday, 9 November 2012

SELF DAILY UPDATE

It is a busy week and i guess it will be the same next week also.  So, it looks like i have to cancel my annual leave (again) next Wednesday. Takpelah, we're not going out from KL pun, it just that I want to lepak lepak at home, relax, do some reading and catch up with my tidur.

I don't know why, but out of sudden teringat Jakarta, how I wish I am at Jakarta now.  When I think back, I can somehow relate the significant of my thinking of Jakarta with my current state, you see, ladies when they stress out all they can think of is SHOPPING, so I am thinking of Jakarta right now, which can be translated that I am a stressful woman which is in need of shopping to release her stress. Boleh? And why Jakarta out of all the cities - dah itu saja yang mampu :p

So how? shall we plan our jalan jalan? hmmm.....

Monday, 5 November 2012

Che Lynn in the office

Seperti biasa, hari isnin adalah hari sibuk sedunia :) so dari pagi tadi prepare some reports, attend meetings and discussions. Tahap kesibukkan, sampai make up tanggal lah, but i enjoy every second of it. Masa tu rasa cepat sangat kalau kita banyak kerja, cuba tak de kerja, alamak sengal jer rasanya.  Lagi satu, kalau kita selitkan elemen elemen fun, insya allah tak la rasa stress sgt kerja menimbun nih...Contohnya, tadi masa nak start meeting sementara tunggu chairman, kita posing dulu..i ambil gambar you, you ambil gambar i.

Ni gambar ehsan diambil dari BUKAN pengguna Blackberry yang berkobar kobar menyuruh saya beralih arah.  Muka mmg seperti biasa selebet, tapi hari ni extra selebet. Mata dah sembab asik nengok komputer ngan jumpa orang dari tadi. Next time kalau dah tau sibok, ingat nak lebihkan tebal bedak dgn pakai 2 lapis bulu mata palsu. Bila orang tengok rupe dah mcm tu, mesti meeting tak lama muahahahaaaa!! iyolah tu, in your dream la...


Tapi satu nak cakap, Alhamdulillah, syukur atas nikmat, rezeki yang Allah Taala bagi!! sibuk sibuk pun, kita ada kerja iye dak, nak banyak banyak komplen nanti Allah tarik balik semua kan susah. Camne nak tukar handphone baru, nak beli bulu mata palsu pon belum tentu mampu :p

Ok peeps, nak sambung keje..

tata
Che Lynn



Thursday, 1 November 2012

QURBAN AT RUMAH KASIH HARMONI

Minggu lepas, 1 of our sister company Suria Component Manufacturing ada buat majlis qurban di rumah anak yatim, Rumah Kasih Harmoni di Paya Jaras, Sg Buloh. So mmg dekat kampung i la cikononya, unfortunately, sebab balik kampung pon ala ala setahun sekali, alamatnya mmg tak tau la nak jalan nak pegi rumah anak yatim ni.

Nasib baik ada Cik Pipot, rumah dia dkt Paya Jaras kan, geng yang lain dah sampai sana awal awal. So hantar my mom, my sister and my kid to my auntie's house, i pon pegi la amik si Afifah untuk jadi tour guide.

Sampai sampai bos sudah sambut, lepas salam salam, kita pon cabut cari tempat perlindungan

Inilah dia Afifah, single lagi tau....
 

Posing konon konon sibok 

Cara melipat tisu, camgini ye adik adik...(berpurak purak je la perempuan ni)
 

Tapi yang tak boleh tahan adalah....kambing golek...sayup sayup je khemah dia tapi impak dia mmg maksima! berkeroncong perut ni!! 

Assalamualaikum dik, akak amik gambar ye. Dalam hati sebenarnya nak tanya, kambing dah siap dik? boleh akak amik sepinggan dua??? 

Tu dia!!! 


Rasa dia mmg sehebat rupa!! sedap sehingga big bos sume dah habis makan we all tak habis habis lagi 

Meja VIP ada 3, 2 untuk lelaki, 1 untuk perempuan. Yang 2 meja tu, dah lama habis makan...we all, tak sudah sudah! siap ada hantar lagi 2 mangkok sup gear box, mak aiii!!! Bila makan, mak aiiii, sedapnya!! macam macam lauk pauk, mula la teringat kat suami, mak bapak, anak anak, adik yang tak nak ikut sekali kan...sedap tau tak!!

Sebab makan tak hengat, malam tu demam.  

Duit raya dan some goodies for budak budak comel ni 

Inilah dia Pengetua Rumah Kasih Harmoni, Encik Jamaluddin.  Baik orang nya, tengok rumah tu pun, bersih. Anak anak pun nampak terurus. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan untuk En Jamal ni, maklum bukan senang nak jaga budak budak, tambahan lagi 85 orang kesemuanya.  Insya allah adalah bahagian untuk En Jamal esok atas keikhlasan dia memjaga anak anak yatim ni.


Kalau ada yang nak membantu, ini adalah contact Rumah Kasih Harmoni  - 03 6156 3420, website www.rkh.org.my



apa pun tak boleh

This is me, today...taking my own pix, location : pantry office.  

Reason of the sengalness : I have a meeting today at Wisma Perkeso, Jalan Ampang. So ingat nak drop by jumpa kawan kawan lama, K Ros and Mas di level 12.  So after my meetings di tingkat 9, pergilah naik ke tingkat 12 dengan tak sabar sabarnya nak jumpa kengkawan lama, nak say hi hi bye bye. Just to find out that, office diorang adalah di Tingkat 12 Wisma Perkeso Jalan Tun Razak!!! bukan Jalan Ampang punye bangunan Perkeso! APA PON TAK BOLEH LA INI PEREMPUAN!!!

Jadi, atas permintaan rakan rakan suh amik gambar sendiri dan emailkan ke diorang.  Inilah hasilnya, potret perempuan yang tengah penat, lapar sebab tak makan apa pon dari pagi tadi dan hampa sebab tak dpt jumpa geng ketat dia dulu.


Moral of the story, get your facts right first la, jangan nak terjah je

xoxo
-Che Lynn