Thursday, 20 September 2012

Ke mana kita mau jalan hujung tahun ini?

Ooooo saya sangat suka berjalan jalan bersama keluarga terchenta, tak kisahlah jauh ke dekat ke tapi yang semestinya destinasi pilihan adalah samada laut ataupun theme park tetapi semestinya mempunyai tarikan untuk berbelanja (ini adalah khusus untuk emaknya iaitu SAYA).

Tahun ini sudah ada request untuk ke USS (lagi??), rasanya macam baru saja pergi kan..tapi ada budak kecik tu request sempena birthday dia yang ke 8 bulan Oktober ini.


Abang dia yang nak PMR tahun ni pun senyum lebar je bila bagitau nak turun Singapore lagi lepas dia habis periksa ni..


Ada juga request untuk ke Menara KL

Sebab katanya "Eiffel Tower kita dah pergi mummy, tapi Menara KL kita tak pernah pergi"...ha amek kau!


Tapi rasa macam nak bawak diorang pergi Jakarta juga tahun ni, asyik mak dia saja yang pergi kan..sambil sambil tu ehem..ehem..bolehla mak dia pergi melawat kawasan untuk belanjer buk..belanjerrr...sopping ahhh apa lagi!!


Tiba tiba teringat pula kenangan terindah dekat Airport Sukarno Hatta..


Gambar ni di ambil sejurus sebelum kene marah dengan pegawai imigresen Indonesia, sebab musababnya adalah MANA BOLEH AMIK GAMBAR KAT IMIGRESEN KAUNTER DOL!! yang ko tergedik gedik  nak amik gambar jugak kat situ nape bedahh?? Alamak! boleh lupa pulak...!! heheheee

Tengoklah macam mana, insya allah kalau ada rejeki, kita jalan jalan la naik belon. Kalau tak pun kita jalan jalan KLCC pon ok gak


Janji kita boleh berjimba bersama sama


....dan boleh berposing gedik heheheee


Kalau ada yg tanya, banyak sgt ke duitnya kak oiii, jawabnya adalah...tak lah banyak senah oii, kumpul la, lagipun pengalaman berjalan ni especially nengok negara orang buat kita lebih menghargai apa yg kita ada baik dari segi keamanan ke, kesenangan kita dkt  M'sia ni ke, yg semua boleh dikatakan ada lah... dan kadang2 buat kita ni bukak mata skit yg orang putih tu tak le sehebat mana punnn. Semua tu bila dah tgk sendiri baru la kita tahu



Okie later2 peeps, nak buat budget nih...

xoxo
-Che Lynn











No comments:

Post a Comment