Wednesday, 16 May 2012

Let's celebrate!

Selamat pagi sayang sayang, Sayang sayang Sayang...Sayang sayang Sayang? muahahahaaaaaaaaa (ketawa evil)

Pagi ni cuaca mendung, hujan renyai renyai, jalanraya alhamdulillah traffic jemnya kurang, tadi lalu depan Sheraton Imperial, 1 kereta je ada, terus terpikir, public holidaykah ini hari? jalan terus clear sampailah depan Sime Darby...apakah?  Tapi rasanya hari ni jalan clear sebab mak bapak ramai cuti hari ni kot, penat layan anak celebrate Hari Guru semalam.  Ada yang nak kena masak untuk pot luck nak bawak ke sekolah, nak bungkus hadiah, heiii mak mak sekarang ni sayang superb hokeh, tu yang kena gelar superMak tu..kawan kawan I ramai yang bake cookies lah, cake la,  muffinlah bagi kat cikgu sebekas sorang...perghhh I salute you lah.  Iyelah nak meraikan insan-insan yang membantu kita untuk menjadikan anak-anak kita insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negarakan. Ingat senang nak jadi cikgu, kalau I, belum tentu lagi tahap kesabaran nak melayan kerenah 40 orang budak.  I bawak apa ye untuk pot luck Abang Adik...swiss roll baker's cottage je, mintak maap cikguuuuu tahun depan saya bawak yang best best ye...

Satu lagi perayaan yang kita sambut minggu ni adalah HARI IBU! Alhamdulillah, merasa jugak saya ni jadi seorang ibu, bukan senang ooo...I may not be the best mother in the world, but i certainly trying my hardest to be the best mom for my kids.  Mother's Day kali ni, jatuh hari Ahad, so pagi pagi my sister dah sms lah, tag kat fblah to make sure kitorang lepak celebrate Mother's Day with our mom dekat The Bakery, Ampang Jaya.

Us and our Mom

My sister bawak anak kecik dia Aariz, I bawak Abang Adik, sampai sampai je my sister bgtau, long...mama kata tadi ada hero malaya dia kat sini, hero malaya?? sapa?? Farid Kamil...hah? menjak bila pulaklah mama minat Farid Kamil nih...





Malam, I pulak yang dicelebratekan, we had dinner dekat Tarbush.  Paling terharu sekali bila Abang Adik hadiahkan duitsempena Hari Ibu..huargghh nanges.  It may be only 2 ringgit to others but it meant a lot to me. Thank you baby!

 Nak share some fakta menarik tentang Ibu :

  1. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, maka tercatatlah pahala jihad baginya
  2. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu
  3. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa
  4. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji
  5. Kajian dari Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki.  Lama sebelum itu lagi, Rasulullah SAW bersabda, "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia"
  6. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehingga 47Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehingga 57Del ketika sakit bersalin, bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak
Personally, I don't mindlah the kesakitan nak melahirkan anak tu, the late nights,sleepless nights nak jaga anak sakit and bermacam macam the, the & the lagi, as long anak-anak sihat, happy, selamat, dan jadi anak yang berguna, Well, mungkin tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu!  

xoxo
-Che Lynn & anak-anak









1 comment: