Monday, 29 October 2012

Abang Adik turn 8 today!!

Hari ni 29hb Oktober 2012, genap umur Abang Adik 8 tahun. Semalam dah beli cup cakes dan birthday cake.  Kena beli awal takut tak sempat mummy dia nak beli hari ni. Maklum, Isnin kan terkenal dengan jem yang tak terduga.

So balik karang, kita akan berparty buih together gether.

Untuk anak no 2 saya yang putih melepak, mummy doakan Hatta Isyhad Razin diberikan kesihatan yang lebih baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungiNya sentiasa, diberkatiNya sepanjang masa, diberikan kejayaan di dunia dan juga diakhirat. Mummy sayang Abang Adik!!


Tuesday, 23 October 2012

Lambaian Kaabah

Ada seorang hamba allah sanggup berjalan dari Bosnia ke Mekkah untuk mengerjakan haji. Masya allah, bukan dekat tu 5,700 km merentas 5 negara, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum sampai ke Arab Saudi. 314 hari dia berjalan kaki.



Memang tersentuh dan rasa macam kena tampar pipi ni pun ada bila nak dibandingkan dengan segala kesenangan dan kemudahan yang kita ada. 

Ya ALLAH ya Tuhanku, rezekikanlah kami hamba-hamba mu untuk menjejaki kaki ke Baitullah sebelum kami memejam mata, amin!!







AIDIL ADHA 2012

Tahun ini sambutan Aidil Adha jatuh pada Jumaat, 26 October 2012. Kita dah merancang BBQ dinner, kita kita ajer, malam tu.

Menu

Baguette dgn garlic spread
Salad
Potato Salad
BBQ Marinated Lamb
BBQ Marinated Chicken
Sausage for the kids
Spagetthi Bolognaise or Mihun still tak decide

As for dessert, kita akan ada thriffle dengan buah buahan.  Sister tanya, kenapa banyak sangat, kita bukannya ramai..Abis tu dah kata nak lepak rumah parents dari petang ke malam, kene la banyak makanannya.

dah terbayang bayang nih

Jangan rentung sudah!!

Syok syok syok niihhhh...hmmm lapar dibuatnya

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha you alls!

xoxo
-Che Lynn

Monday, 22 October 2012

Gang Kg Attap

Pagi ni one of my ex colleague called, tanya khabar sikit lepas tu terus jump to the real reason why he called me after soooo long kan..."Eh Lynn ko tau tak macamana nak tengok Adam dan Hawa dekat tonton?. Bini aku nak tgk la" ha???? ko ingat aku ni kaunter pertanyaan ke Jojie???

Sabar je la kawan aku sorang ni. Nasib baik kawan, dah mengharungi 'susah senang' kat opis ni, and we called ourself 'Gang Kg Attap'. 

Bila Jojie called terus mengadu dkt our other colleague, terbahak bahak dia ketawa. What's so funny la Dil?
"Ko tau tak, time ko call ni aku tgh tgk video kita untuk montage persembahan time annual dinner dulu. Aku share dkt facebook." 

So it is my pleasure to introduce you guys to my Gang Kg Attap. Have fun!


CINTA KAU DAN AKU

Waaahhh tajuk post!! kelass!! homaigod, jiwang habis.

Inilah tajuk novel yang terbaru, dah habis baca pun in 1 day, jangan ingat tak buat kerja lain ye, asik baca buku semua kerja tak jadi. Semua settle + dapat habis kan 1 buku..

My fav author usually Jude Deveraux dan Julie Garwood, ada juga layan Cecilia Ahern dan Sophie Kinsella, but of late ni semenjak Ombak Rindu, saya sudah pandai layan novel melayu lah. Rasanya dulu I ada cerita yang I ada beli novel Takdir itu Milik Aku, Siti Rosmizah, iye buku yang buat I nangis 1 malam tu..bengkak bengkak mata hoi!  Last weekend teman hubby pergi Ampang Point so singgah popular, nampak 1 buku Siti Rosmizah, Cinta Kau dan Aku....My style, kalau dah berkenan dengan corak penulisan author tu, mmg akan cari buku buku dia je la.

Memang tak rugi la beli buku ni, jalan cerita dia best, kelakar ada, sedih pon ada tapi tak la nangiiiis sepanjang baca buku tu.  2 thumbs up la dekat author dia, memang kelas!

Cerita dia pasal sorang tomboy ni Risya sibok sangat nak jadi driver, mula mula masa interview, diorang reject. Tapi lepas dia serang CEO company tu sebab mamat tu langgar dia kat lif dan tak mintak maap langsung, dia dapat jadi driver CEO tu. Oleh sebab kecomelan dia, lepas tu dia dipromote jadi bini CEO tu. Nak tau lebih, pegi beli buku ni..best!best!best!


Ingat sabtu nanti nak pegi MPH nak cari lagi buku Siti Rosmizah, 7 hari mencintaiku dengan Lafazkan Kalimah Cintamu.

Apa dah jadi ngan aku ni oooiii!! terjiwang karat pulak skang nih. Anyway, dah membaca tu hobby kan, layan je lah iye. Hmmm nak kene cari almari buku lagi 1 la gamaknya nih :)

Tata!
-Che Lynn

Sunday, 21 October 2012

Weekends

Sabtu dan Ahad hari rehat, acara biasa...pagi pergi pasar, lepas tu pergi breakfast, balik rumah masak, makan tengahari dan jalan jalan lepak lepak...

Ni gambar bawak Yaya gendut pegi jalan-jalan KLCC, makan dkt Chinoz, sekarang confirm tak nak bawak dah, reason : budak Yaya ni suka main lari lari, Meylong dia tak larat nak kejar...


OK Meylong nak tgk facebook kejap..

Aktiviti weekend yang biasa..makan-makan dan makan lagi

Tak pun lepak dkt pool

Tengok football games
 

Sungguh pun dalam hati sebenarnya...weekend weekend ni kita nak TIDOOOO jerrr..zzzz...zzz...zzzzzz

Itu saya, anda bagaimana?












HAPPY MONDAY!

Selain dari kesusahan untuk bangun awal hari ini, tetapi oleh kerana semangat untuk memasak Asam Pedas Daging Tetel hari ini telah berjaya membuatkan saya membuka mata.  Sungguhpun tidak berapa besar mata itu dibuka, namun ternyata membuahkan hasil...muahahahaaaaaa

Wahhh opening entry hari ni! Its a beautiful Monday, isn't it?? Alhamdulillah saya berjaya membuang crankiness yang biasanya menyertai pada hampir setiap manusia sejagat setiap Isnin. Cara-caranya, breakfast awal, dengar lagu favorite dan jgn stress stresss.

HAPPY MONDAY Y'ALL!!


xoxo
-Che Lynn